Zeys bagi bayangan pemain baru EVOS Legends adalah dari Filipina

Jurulatih EVOS Legends, Bjorn Ong atau Zeys memberi bayangan pemain baru pasukan itu berkemungkinan juga berasal dari Filipina.

Dalam satu hantaran di Instagram, pasukan Indonesia itu sedang mencari pemain di posisi EXP Lane dan Roamer.

Apa yang mencuri tumpuan di perenggan kedua yang mana peluang ini turut terbuka kepada pemain dari Filipina yang ingin mencari peluang di Indonesia dan menetap terus di sana.

Dia juga berkongsi borang pendaftaran yang dikhaskan untuk pemain dari Filipina saja yang ingin bermain di Liga Profesional MLBB (MPL) Indonesia musim ke-10.

Siapakah pemain baru itu? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+