Meskipun pernah menyatakan bakal menghentikan pembangunan Farmville pada tahun lalu, berikutan Facebook menghentikan sokongan permainan Flash di platform mereka, Zynga mengumumkan bakal melancarkan Farmville 3 pada peringkat global.
Check out this sneak peek of FarmVille 3! @Zynga has opened the barn doors for players to catch a glimpse into the reimagined farm full of cuddly animals with the first look at the game! https://t.co/GRyS0O6ibJ pic.twitter.com/DJIJb3dMcS
— Zynga (@zynga) September 20, 2021
Farmville 3 sebelum ini dilancarkan secara ‘soft-launch’ buat 13 negara iaitu Australia, Kanada, Great Britain, Italy, Belgium, Denmark, India, Malaysia, Belanda, New Zealand, Norway, Filipina dan Thailand.
Farmville adalah permainan simulasi berkebun yang cukup popular di Facebook pada 2009.
Zynga kemudiannya melancarkan sekuel bagi permainan ini, FarmVille 2: Country Escape dan FarmVille 2: Tropic Escape yang berjaya memperoleh 700 juta muat turun di Facebook, web dan platform mudah alih.
Namun, pihak Zynga masih belum mengumumkan tarikh spesifik untuk pelancaran permainan ini. Buat masa ini, FarmVille 3 hanya boleh dimuat di Google Play Store di 13 negara.
Sumber: GamingonPhone.