isu helaian al-Quran yang bertebaran di dalam peta Zombie Call of Duty: Vanguard baru-baru ini, pihak Activision kini tampil dengan kenyataan memohon maaf mereka."> isu helaian al-Quran yang bertebaran di dalam peta Zombie Call of Duty: Vanguard baru-baru ini, pihak Activision kini tampil dengan kenyataan memohon maaf mereka." /> isu helaian al-Quran yang bertebaran di dalam peta Zombie Call of Duty: Vanguard baru-baru ini, pihak Activision kini tampil dengan kenyataan memohon maaf mereka." />

Activision memohon maaf berikutan isu helaian al-Quran di dalam peta COD: Vanguard

Berikutan isu helaian al-Quran yang bertebaran di dalam peta Zombie Call of Duty: Vanguard baru-baru ini, pihak Activision kini tampil dengan kenyataan memohon maaf mereka.

Pihak Activision mengakui terdapat kandungan yang tidak menghormati sensitiviti komuniti Muslim yang secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam permainan itu dan ia dikatakan sudahpun dipadam.

“Ia sepatutnya tidak muncul di dalam permainan ini. Kami memohon maaf. Kami mengambil langkah secepat mungkin mengenai situasi ini demi mengelakkan perkara ini berulang lagi pada masa akan datang,” kata wakil syarikat itu. 

Ini bukanlah kali pertama syarikat itu melakukan kesilapan seperti ini. Pada 2012, sebuah peta Favela daripada Modern Warfare 2 terpaksa dibuang selepas mengandungi satu perhiasan di dalam tandas, yang mengandungi sabda Nabi Muhammad S.A.W.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+