20 pencapaian terbaik Mobile Legends dan MPL sepanjang 2020
2020-12-31T04:03:46
By: Editorial team

20 pencapaian terbaik Mobile Legends dan MPL sepanjang 2020

 

Mobile Legends: Bang Bang dan juga liga profesionalnya, MPL berjaya meraih kejayaan tersendiri di peringkat Asia Tenggara.

Pada tahun ini saja, terdapat lebih  20 pencapaian diberikan kepada MPL Indonesia, Malaysia/Singapura (MY/SG), Myanmar dan Filipina.

Awal tahun ini, MLBB Campus Championship adalah kejohanan yang diraikan dengan meriah di peringkat akar umbi. Ia disertai oleh 32 kampus serata Indonesia dengan 1,225 pasukan bertanding. Lebih 100 juta impressions dikumpul dari Youtube, Facebook dan Instagram.

Bulan April pula menunjukkan 1.1 juta penonton serentak di kesemua platform untuk MPL Indonesia musim kelima sekali gus menjadi acara paling popular menurut Esports Charts. Sementara itu, MPL Invitational 4 Nation Cup juga menjadi acara paling popular pada Jun dan Julai 2020.

“Memang benar tahun 2020 adalah penuh cabaran dan pandemik ini mengesankan semua orang. Jadi fokus kami adalah berikan hiburan terbaik kepada peminat untuk memastikan kesihatan mental mereka lebih baik. Selain itu, pencapaian ini bukannya untuk kami saja tapi untuk anda juga, peminat MLBB dan MPL,” kata Lucas Mao, Pengarah Urusan Moonton Games.

Pencapaian penuh MLBB dan MPL pada 2020:

  1. April, MPL Indonesia – Acara Paling Popular Esports Charts
  2. June, MPL Invitational -Acara Paling Popular Esports Charts
  3. Julai, MPL Invitational -Acara Paling Popular Esports Charts
  4. Oktober, MPL PH – Penonton Serentak Tertinggi 765 ribu
  5. Oktober, MPL Indonesia -Penonton Serentak Tertinggi 2.8 juta
  6. November, MPL PH – Tontonan Musim Keenam Dalam Jam meningkat sebanyak  330.8%
  7. Disember, MPL Indonesia – Acara Digemari 2020 – Indonesia Gaming Award
  8. Disember, MPL Indonesia – Acara Digemari – Indonesian Esports Award
  9. Disember, Alter Ego vs RRQ – E-Sukan dengan Prestasi Terbaik 2020 – Super GamerFest
  10. Disember, RRQ – Pasukan E-Sukan Terbaik 2020 – Super GamerFest
  11. Disember, Lemon – Pemain E-Sukan Terbaik 2020 – Super GamerFest
  12. Disember, MLBB – Permainan Paling Diminati di Asia Tenggara – Super GamerFest
  13. Disember, MLBB Championship League – Penyertaan MCL meningkat sebanyak 200%
  14. Disember, MPL MY/SG (Todak & Evos SG) – Pasukan E-Sukan Asia Tenggara Digemari 2020 – Super GamerFest
  15. Disember, MPL MY/SG (ManityTodak) – Jurulatih E-Sukan Digemari 2020 – Super GamerFest
  16. Disember, MPL MY/SG (MLBB) – Permainan E-Sukan Digemari 2020 – Super GamerFest
  17. Disember, MPL MY/SG (RSGSync) – Prestasi E-Sukan Terbaik Asia Tenggara 2020 – Super GamerFest
  18. Disember, MPL PH (Bren Esports) – Prestasi E-Sukan Terbaik 2020 – Super GamerFest
  19. Disember, MPL PH (Bren Esports Duckey) – Jurulatih E-Sukan Digemari 2020 – Super GamerFest
  20. Disember, MPL PH (Bren Esports) – Pasukan E-sukan Terbaik 2020 – Super GamerFest

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
VALORANT Episode 2 Act II memperkenalkan Agent baharu Astra
3 days ago
Malaysia naib juara di FIFA eClub World Cup 2021, tahniah diucapkan!
3 days ago
MPL Indonesia: Celiboy menjelaskan kemenangan mereka ke atas Sang Raja
4 days ago
MPL Indonesia: Sang Raja RRQ Hoshi tewas di tangan Alter Ego 0-2
4 days ago
Wakil Malaysia, Wicked Esports layak ke grand final FIFA eClub World Cup, akan lawan Jepun
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha 2-1 Genflix Aerowolf pada perlawanan pembukaan