5 Game Seram Yang Paling Menakutkan Setakat Februari 2020
2020-02-18T09:57:18
By: Burhanudin Zamri

5 Game Seram Yang Paling Menakutkan Setakat Februari 2020

 

Dalam alam permainan video, genre seram merupakan salah satu genre yang paling diminati.

Ini kerana ia lebih menakutkan daripada menonton filem seram di mana anda tidak diletakkan dalam dunia yang sama dengan raksasa atau hantu yang muncul dalam filem itu.

Satu lagi sebab mengapa permainan video seram sangat popular ialah kerana ia sebuah genre yang sering dimainkan oleh streamer. Mereka biasanya akan tergelak, terkejut dan menjerit apabila berdepan situasi menakutkan.

Kalau anda sedang mencari permainan video seram untuk main, ini lima judul yang paling menakutkan:

 

1. Resident Evil 7

Platform: PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One

Walaupun Resident Evil 2 Remake (RE2) merupakan permainan siri Resident Evil yang terbaru, ia tidak mempunyai elemen seram yang hebat seperti Resident Evil 7 (RE7).

Dengan menggunakan perspektif first-person, ia lebih realistik dan memaksa pemain untuk berhadapan dengan zombi dan raksasa pada jarak yang sangat dekat.

Jangan pula terkejut kalau ada transformasi pelik dan pemandangan yang cukup buat anda hilang semangat.

Bila buka pintu pun rasa takut!

 

2. The Dark Pictures: Man of Medan

Platform: PC, PS4, Xbox One

Kalau anda pernah main Until Dawn, anda mesti akan faham cara permainan Man of Medan sebab ia datang daripada studio pembangun yang sama.

Seperti Until Dawn, permainan ini memerlukan anda untuk membuat keputusan yang akan mempengaruhi jalan cerita. Kalau anda buat pilihan yang salah, akan ada watak yang mati!

Satu lagi aspek Man of Medan yang menarik ialah ia boleh dimainkan secara multi-pemain. Ada mod yang boleh dimain 5 orang dan ada yang boleh dimain secara co-op oleh dua pemain.

 

3. Blair Witch

Platform: PC, PS4, Xbox One

Peminat filem seram mesti pernah dengar filem Blair Witch. Jalan cerita permainan ini bermula dua tahun selepas apa yang berlaku dalam filem tersebut.

Bagi mereka yang tak berani main permainan seram kerana watak utama terpaksa berseorangan, Blair Witch adalah pilihan yang bagus kerana anda akan ditemani seekor anjing yang taat.

Selain elemen seram, permainan ini juga mempunyai unsur misteri kerana bermain sebagai seorang bekas polis yang mencari seorang budak yang hilang di dalam kawasan hutan.

Permainan ini boleh buatkan anda rasa lagi saspens sebab musuh berpenampilan seperti bayang-bayang dan susah untuk dilihat.

 

4. Outlast 2

Platform: PC, PS4, Nintendo Switch, Xbox One

Permainan ini sangat popular dalam kalangan streamer di Malaysia dan ia memang layak menjadi popular kerana elemen seram diterapkan.

Tidak sama seperti permainan dalam siri Resident Evil, Outlast hanya membenarkan pemain untuk melarikan diri dan mengelak musuh. Anda tidak akan dapat menggunakan apa-apa senjata untuk mempertahankan diri. Hanya berbekalkan video-cam untuk teroka kawasan.

Perasaan ketakutan mencapai tahap yang tinggi kerana anda akan sentiasa berdepan dengan risiko kematian jika ditemui oleh pihak musuh. Tidak ada peluang langsung untuk lawan balik.

 

5. The Evil Within 2

Platform: PC, PS4, Xbox One

Bagi peminat genre survival horror, siri The Evil Within selalunya dianggap sebagai salah satu alternatif yang berkualiti tinggi kepada siri Resident Evil.

Selain daripada mempunyai cara permainan yang sangat mengasyikkan, jalan cerita dalam The Evil Within 2 juga sangat menarik. Anda akan main sebagai seorang detektif yang masuk ke alam penuh raksasa demi menyelamatkan anak perempuannya.

Antara sebab mengapa The Evil Within 2 mempunyai beberapa elemen yang mirip permainan Resident Evil ialah kerana ia diselia oleh Shinji Mikami, pengarah permainan Resident Evil yang pertama.

Jadi dekat dalam game ini anda boleh expect banyak makhluk pelik dan bunyi menakutkan. Jangan terkejut kalau ada raksasa tiba-tiba boleh teleport!

 

Permainan Seram Akan Datang

Pada tahun lepas, kita disajikan dengan permainan seram hebat seperti Resident Evil 2 Remake, Blair Witch, dan banyak lagi. Tahun 2020 juga tidak kurang hebatnya.

Ini antara permainan seram yang akan dilancarkan pada tahun ini:

 

1. Resident Evil 3 Remake

Platform: PC, PS4, Xbox One

Sekuel kepada RE2 ini menggunakan enjin pembangunan permainan video yang sama seperti RE2 dan RE7, jadi ia akan mempunyai kualiti grafik yang sama tinggi.

Dalam Resident Evil 3 Remake (RE3), anda akan bermain sebagai Jill Valentine dan kalau anda rasa Mr. X dalam RE2 sudah cukup menakutkan, tunggu dan lihat apa yang Nemesis boleh buat!

 

2. World of Horor

Platform: PC

Ramai pemain game PC yang marhaen tidak mampu untuk memiliki komputer atau laptop yang mampu main permainan seram yang memerlukan perkakasan yang berkuasa.

World of Horror ialah satu permainan seram yang sesuai bagi anda yang tergolong dalam kalangan pemain PC marhaen. Ia hanya menggunakan grafik pixel hitam putih tetapi ini sebenarnya membuatkannya menjadi lebih seram!

Permainan ini mempunyai unsur role-playing game (RPG) dan dimain secara tunjuk dan klik (point and click).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
Arms Percuma Untuk Ahli Nintendo Switch Online Sehingga 6 April 2020
4 days ago
Catherine: Full Body Akan Tiba Di Switch Pada 7 Julai 2020
4 days ago
World War Z Percuma Di Epic Games Store
5 days ago
Ghost Recon Breakpoint Percuma Sehingga 30 Mac 2020
5 days ago
Pembentangan GDC 2020 Kini Boleh Ditonton Secara Percuma
6 days ago
Game Percuma PS+ April 2020 – Uncharted 4 Dan Dirt Rally 2.0