5 permainan multi-pemain percuma yang wajib dicuba
2021-01-13T10:25:58
By: Burhanudin Zamri

5 permainan multi-pemain percuma yang wajib dicuba

 

Tahun 2020 sudah pun berakhir dan kini kita menyambut kedatangan tahun baru 2021. Banyak permainan video hebat dilancarkan pada tahun lepas dan banyak juga permainan lama yang terus menerima sokongan pembangun.

Permainan-permainan yang paling popular semestinya permainan percuma. Walaubagaimanapun, gelaran sebagai “free-to-play game” tidak semestinya membawa maksud kepuasan dan kualiti permainan yang rendah.

Terdapat banyak permainan percuma yang menjadi kegilaan ramai pada tahun lepas dan penulis yakin komuniti untuk semua permainan ini akan terus berkembang pada tahun ini.

Among Us (Android & iOS)

Pada pendapat penulis, Among Us merupakan fenomena terbesar dalam industri permainan video tahun lepas. Ia pada asalnya dilancarkan pada tahun 2018 tetapi menjadi popular pada tahun lepas apabila dimain oleh ramai streamer terkenal.

Cara bermain Among Us sangat mudah difahami. Para pemain harus bekerjasama untuk mengeluarkan Impostor dan Impostor pula harus membunuh pemain lain.

Ini mewujudkan banyak situasi lucu apabila para pemain harus mempertahankan diri ketika sesi perbincangan.

Rocket League

Rocket League sebelum ini merupakan permainan PC dan konsol yang harus dibeli. Pada tahun lepas, Psyonix dan Panic Button Games menjadikannya sebuah permainan percuma.

Konsep unik permainan ini di mana anda bermain bola sepak dengan kereta lumba sangat menyeronokkan. Ia menggabungkan keperluan untuk bekerjasama dengan kebolehan memandu dengan pantas.

Dauntless

Jika anda berminat untuk main permainan Monster Hunter tetapi tidak mampu membeli mana-mana judul siri permainan tersebut, Dauntless ialah satu permainan alternatif yang sesuai.

Dalam Dauntless, anda akan memburu pelbagai raksasa menarik bersama rakan-rakan atau pemain lain dari seluruh dunia. Anda juga akan membuat senjata dan perisai baharu menggunakan bahan-bahan daripada raksasa-raksasa yang diburu.

Call of Duty: Warzone

Genre battle royale semakin hari semakin tepu. Walaubagaimanapun, Call of Duty: Warzone berjaya memperkenalkan beberapa ciri-ciri unik yang membuatkannya setanding dengan permainan battle royale hebat lain.

Selain daripada kualiti grafik yang sangat realistik, Warzone membolehkan pemain untuk kembali berlawan selepas ditewaskan jika mereka berjaya keluar dari Gulag. Pemain juga boleh melakukan misi di peta battle royale untuk mendapatkan ganjaran wang.

League of Legends: Wild Rift

Terdapat beberapa permainan MOBA lain yang boleh dianggap raja mobile MOBA tetapi League of Legends: Wild Rift adalah saingan baharu yang layak diberi perhatian.

Ramai pemain setuju Wild Rift berjaya membawakan keseronokan League of Legends ke peranti mudah alih. Sama seperti Valorant, Riot Games merancang untuk menganjurkan banyak kejohanan Wild Rift pada tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Ubisoft umum permainan dunia terbuka Star Wars baharu
4 days ago
The Sims 4 menjadi lebih seram dengan Paranormal Stuff Pack
4 days ago
Bethesda umumkan permainan Indiana Jones baharu
4 days ago
Nvidia umumkan RTX 3060 dan komputer riba GPU RTX 3000
5 days ago
Streamer Sepanyol pecah rekod di Twitch, lebih 2 juta penonton serentak
5 days ago
Celiboy dianggap pemain terbaik Indonesia, menurut Dreammax