5 rancangan dan filem di Netflix yang pasti disukai peminat permainan video
2020-09-15T09:54:33
By: Burhanudin Zamri

5 rancangan dan filem di Netflix yang pasti disukai peminat permainan video

 

Ramai penggemar permainan video di Malaysia merupakan pelanggan perkhidmatan penstriman Netflix. Penulis yakin ramai pemain permainan video menggunakan aplikasi Netflix untuk menonton filem dan siri anime.

Sesuatu yang tidak diketahui ramai pelanggan Netflix ialah terdapat banyak filem, siri, dan dokumentari yang berkaitan dengan permainan video.

Dalam artikel ini, penulis ingin berkongsi tentang beberapa rancangan dan filem yang mesti menarik minat pemain permainan video di Malaysia. Jom baca dan lepas ni boleh tonton!

 

Castlevania

Dalam semua siri animasi yang boleh ditonton di Netflix, penulis menanggap Castlevania sebagai salah satu siri animasi yang paling bagus.

Ia boleh dinikmati oleh semua orang, bukan peminat siri permainan Castlevania sahaja. Walaupun rancangan ini ditulis berdasarkan Castlevania III: Dracula’s Curse, ia diceritakan dengan cara yang mudah difahami.

Rancangan ini mengikuti Trevor Belmont, seorang pemburu raksasa, yang bekerjasama dengan Sypha, seorang ahli sihir, untuk menewaskan Dracula. Mereka juga dibantui oleh Alucard, anak Dracula.

 

Ready Player One

Jika anda gemar mencari easter eggs atau kemunculan cameo oleh watak-watak permainan video dari zaman 80-an hingga zaman moden, anda patut tonton Ready Player One.

Filem arahan Steven Spielberg ini mengisahkan tentang pemain-pemain sebuah permainan realiti maya yang bertanding untuk mendapatkan Golden Easter Egg.

Sesiapa yang memperoleh Golden Easter Egg akan menjadi pemilik syarikat yang membangunkan permainan realiti maya tersebut.

 

League of Legends Origins

Para peminat permainan League of Legends harus menonton dokumentari ini. Ia menceritakan tentang perkembangan dna perjalanan permainan tersebut dari tahun 2006 hingga 2017.

Dokumentari ini bukan sahaja memberi fokus terhadap pembangun di Riot Games tetapi para pemain dan komuniti e-sukan juga diberi peluang untuk berkongsi pendapat dan pengalaman.

 

The Witcher

Siri The Witcher di Netflix sebenarnya tidak mengikut jalan cerita siri permainan The Witcher. Siri ini ditulis berdasarkan siri novel dan cerpen The Witcher yang ditulis oleh Andrzej Sapkowski.

Para pemain siri The Witcher mesti menyukai jalan cerita rancangan ini kerana ia masih menonjolkan watak-watak yang mereka suka seperti Geralt of Rivia, Yennefer, dan Jaskier (Dandelion).

Kekuatan utama rancangan ini ialah lakonan Henry Cavill sebagai Geralt. Beliau memang pilihan yang betul untuk watak tersebut.

 

High Score

Bagi mereka yang berminat dengan sejarah industri permainan video, anda wajib menonton dokumentari High Score.

Tidak seperti dokumentari League of Legends Origins yang disenaraikan tadi, High Score ialah rancangan episodik dan setiap episod bertempoh sekitar 45 minit.

Ramai individu yang memainkan peranan penting dalam sejarah permainan video seperti John Romero (pembangun DOOM), Tomohiro Nishikado (pembangun Space Invaders), dan ramai lagi muncul dalam rancangan ini.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
God of War menyokong kadar bingkai sehingga 60FPS di PlayStation 5
2 days ago
Yoodo pertimbangkan add-on data League of Legends: Wild Rift jika ada permintaan
2 days ago
[Review] Hades – sekali main, takkan berhenti!
3 days ago
PlayStation melantik Travis Scott sebagai Rakan Kreatif Strategik
3 days ago
Sekiro: Shadows Die Twice | Game of the Year Edition diumumkan
3 days ago
Apex Legends akan tiba di Steam pada 5 November