5 Tempat Yang Kita Selalu Main Game Selain Di Rumah

Masa kita kecil-kecil dulu, mesti kita pilih untuk main di PC atau konsol yang disambungkan ke monitor atau TV. Alasannya, sebab game dekat platform ni menyediakan visual yang cantik dan gameplay yang tak mengecewakan. Tapi zaman dah berubah, telefon pintar jadi pilihan kita untuk berimaginasi, lari dari dunia nyata seketika tanpa perlu ada di rumah untuk mendapatkan semua itu.

Perasan tak, kita biasanya akan pergi ke 5 tempat ni untuk main game bukan saja seorang diri tapi juga dengan kawan-kawan sampaikan tak sedar waktu berlalu begitu pantas. Betul ke korang selalu main game dekat tempat macamni? Jom layan artikel ni!

 

1. Kenderaan Awam

Tak kisahlah phone apa pun kita ada, biasanya dalam bas atau tren jugak kita akan bantai main game sementara tunggu nak sampai rumah. Mana taknya, kalau asyik cucuk earphone dengar lagu, kadang-kadang bosan. Jadi kita pun layan main game macam PUBG Mobile, Pokemon GO, Mobile Legends dan sebagainya. Kalau yang lebih kasual, cukuplah main game macam Tamagotchi, Candy Crush ataupun Temple Run.

Mungkin kerana terlalu penat balik dari kerja, jadi kita pilih untuk menghadap fon dan hilangkan stres dengan main game masa on the way balik. Tak salah pun, tapi mestilah kena perlahan sikit sound tu takut orang lain pulak yang tak selesa dengan kita. Takpun cucuk earphone tu dan main game diam-diam. Tapi jangan pulak korang ketawa seorang diri, nanti semua pelik tengok!

 

2. Kafe/Restoran Mamak

Kredit gambar: Pamper.my

Haaa yang ni pun lokasi yang korang selalu kunjungi dengan geng-geng satu kepala, tak kira kawan sekolah, universiti ataupun kerja. Kadang-kadang bila tunggu order tu, time tu juga korang selamba buka Mobile Legends dan party ramai-ramai. Tak perlu Discord dah, member semua depan mata. Nak bagi arahan, nak jerit suruh lari dari gank, semua korang pekikkan dekat situ.

Lagipun kalau korang perasan, restoran mamak atau kafe sekarang rata-rata mempunyai WIFI yang cukup laju. Jadi tak ada masalah untuk team up dan beraksi bersama geng-geng korang, yang penting enjoy the game dan jangan jerit terlampau kuat sampai mengganggu orang lain.

 

3. Pejabat

Bagi yang sudah bekerja, bukan alasan untuk tak menghadap telefon semata-mata nak main game 30 minit sampai sejam. Kadang-kadang bila lunch hour, laju je kita pergi bungkus makanan sebab nak ajak geng-geng lain main Mobile Legends. Sampaikan ada yang sanggup tak makan atau senang cerita, order delivery je tak perlu susah payah pergi turun kafe nak makan. Yang penting dapat score Savage!

Masa ni lah kita akan jumpa kawan kerja yang datang dari department berlainan, semua kumpul dekat satu port lepak biasa. Dari situ sebenarnya boleh tambah kawan baru. Atas alasan main game yang sama, jangan terkejut kalau mereka pun boleh jadi kawan baik korang dalam masa sekejap walaupun berbeza department.

 

4. Perhentian Bas

Kegilaan untuk dapatkan markah tertinggi bukan terhad dekat kedai mamak atau ofis je, dekat bus stop pun jadi! Mana taknya, kadang-kadang bas yang lambat membuatkan korang tak tahu nak buat apa. Nak kata baca buku, tak minat. Nak dengar lagu, dah bosan. Jadi korang pun main lah game sementara tunggu hampir 40 minit hingga sejam untuk bas sampai.

 

5. Bilik Tidur

Tak puas sebab kalah main dengan member, korang sambung pulak main game dekat bilik tidur. Dengan ada penghawa dingin, tilam empuk, bantal busuk dan ruang privasi, ini adalah perfect location untuk korang main game. Tak ada siapa kacau. Masa ini juga korang akan discord, borak secara maya dengan geng-geng dalam game.

Tapi bagi yang terlalu ketagih, bilik tidur boleh jadi tempat kita berkhayal dengan dunia game sampai tak sedar apa jadi dekat luar. Sampai mak suruh buang sampah pun korang boleh cakap game tak boleh pause. Jadi? berpada-padalah main game pada waktu malam! Spend time dengan keluarga juga!

Akhir sekali, tempat yang selalu korang main game (tak boleh tipu ni), mestilah tandas! Masa perut memulas tu, cepat je tangan capai telefon pintar, bawa sekali masuk tandas. Sampaikan ada yang duduk sampai lebih 1 jam sebab terlalu fokus main game. Ingat, tak elok duduk dalam tandas lama-lama tau.

Nota editor: Sekarang ni memang mudah sangat kita nak main game tanpa perlu risau dekat mana kita nak berperang dalam dunia maya. Ditambah lagi dengan konsol mudah alih seperti PS Vita, Nintendo 3DS dan Switch, menjadi alternatif untuk bawa hiburan di rumah, ke mana saja kita suka. 

RELATED NEWS

+