A Total War Saga: Troy akan dilancarkan pada 13 Ogos 2020, percuma dalam tempoh 24 jam pertama

Creative Assembly, pembangun siri permainan strategi Total War, telah mengumumkan tarikh pelancaran serta berita menarik lain tentang judul mereka yang seterusnya iaitu A Total War Saga: Troy.

A Total War Saga: Troy akan dilancarkan di PC melalui Epic Games Store pada 13 Ogos 2020. Apa yang istimewa tentang pelancaran ini ialah judul tersebut boleh didapati secara percuma dalam tempoh 24 jam pertama selepas pelancarannya.

Judul ini juga akan tiba di Steam tetapi setahun selepas pelancarannya di Epic Games Store. Menurut Creative Assembly, keputusan untuk melancarkan judul ini di Epic Games Store dibuat untuk mencapai pasaran baharu di luar platform Steam.

Mereka juga berterima kasih kepada Epic Games kerana memberi sokongan kewangan untuk menjadikan A Total War Saga: Troy sebuah tawaran percuma pada hari pelancaran. Ia boleh dianggap sebagai hadiah kepada peminat siri Total War sempena ulang tahun ke-20 siri tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+