Abang & Ibu ‘Tidak Sengaja’ Hadiahkan God of War PS2, Bukannya God of War PS4 Sempena Krismas
2018-12-27T10:47:08
By: Intan Mawarni

Abang & Ibu ‘Tidak Sengaja’ Hadiahkan God of War PS2, Bukannya God of War PS4 Sempena Krismas

 

Sesi memberikan hadiah kepada keluarga dan sahabat handai adalah satu kelaziman bagi hari Krismas tetapi lain pula ceritanya untuk adik-beradik ini.

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh r/videos di Reddit, seorang abang bersama ibu tidak sengaja menghadiahkan God of War zaman PS2 sebagai hadiah Krismas untuk adiknya. Bayangkanlah, kedua-dua game ini mempunyai judul sama dan dibintangi oleh karakter yang sama yang mungkin agak susah untuk orang yang tidak minat bermain game akan berasa keliru.

Reaksi diberikan oleh adiknya menerima God of War versi PS2 dengan baik dan dia faham akan situasi kekeliruan ini.

Walaubagaimanapun, Krismas memang penuh magik! Rupa-rupanya ini merupakan gurauan anak-beranak dan ibunya telah membeli God of War versi PS4. Fuh…. nasib baik…

Jom saksikan reaksi adiknya menerima hadiah yang dinanti-nantikan untuk game terbaik MyGameOn pada tahun 2018 di bawah:

Sumber: DualShockers

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Ini Dia 12 Pasukan Malaysia Layak Ke Liga Profesional PUBG Mobile MY/SG 2020!
2 days ago
PUBG Mobile: Boyka Kini CEO Bigetron Malaysia
4 days ago
Aylrhmn – Streamer Yang Menanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan
4 days ago
Black Desert Akan Menyatukan Pemain PS4 & Xbox One
4 days ago
Assassin’s Creed Syndicate Percuma Di Epic Games Store
5 days ago
Bosskurr Cup: “Todak Tarik Diri Untuk Fokus Pada MPL Musim Kelima,” – Ashi