Acara Digital Monster Hunter Rise akan berlangsung pada 7 Januari 2021

Para peminat Monster Hunter dinasihatkan menanda kalendar mereka kerana Capcom akan mengadakan Acara Digital Monster Hunter Rise pada 7 Januari ini. Maklumat baharu tentang Monster Hunter Rise akan dipertunjukkan di acara ini.

Acara tersebut akan disiarkan secara langsung pada waktu 10PM (waktu Malaysia). Siaran langsung acara ini boleh ditonton di laman rasmi Monster Hunter di YouTube, Twitch, dan Facebook.

Menurut Gematsu, siaran langsung ini akan mempertunjukkan trailer terbaru dan juga mendedahkan tarikh pelancaran demo tempoh-terhad Monster Hunter Rise yang dijangka tiba pada bulan ini. Ryozo Tsujimoto (penerbit Monster Hunter Rise) dan Yasunori Ichinose (pengarah Monster Hunter Rise) akan hadir untuk berkongsi maklumat tentang permainan tersebut.

Monster Hunter Rise akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 26 Mac tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+