Alex ‘ALEX’ McMeekin."> Alex ‘ALEX’ McMeekin." /> Alex ‘ALEX’ McMeekin." />

ALEX sertai pasukan CS:GO Cloud9 dengan kontrak tiga tahun bernilai RM6.85 juta

Syarikat e-sukan antarabangsa Cloud9 telah mendedahkan butiran-butiran menarik mengenai kontrak pengambilan pemain baharu CS:GO iaitu Alex ‘ALEX’ McMeekin.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah e-sukan di mana butiran kewangan dalam kontrak pemain didedahkan. Pendedahan ini dibuat melalui akaun Twitter Henry ‘HenryG’ Greer, Pengurus Besar Cloud9.

Sebelum menyertai Cloud9, ALEX bermain selama dua tahun untuk pasukan Team Vitality. Beliau telah menandatangani kontrak bersama Cloud9 untuk menjadi kapten pasukan baharu CS:GO organisasi tersebut.

Pada waktu ini, Cloud9 masih mempunyai satu lagi pasukan CS:GO yang diketuai oleh Johnny “JT” Theodosiou.

Pendedahan sebegini penting untuk perkembangan industri e-sukan kerana ia memberikan perspektif yang lebih jelas mengenai kerjaya dan kemajuan pemain-pemain e-sukan.

Ia juga memastikan gaji para pemain e-sukan dapat dikenalpasti agar pemain-pemain baharu dibayar dengan jumlah gaji yang adil.

Sumber: Cloud9

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+