AMD akan dedahkan CPU Zen 3 dan GPU RDNA 2 pada bulan Oktober

AMD telah mengumumkan bahawa mereka akan membentangkan pemproses dan siri kad grafik baharu mereka pada bulan Oktober ini. Pemproses Zen 3 akan dibentangkan pada 9 Oktober dan siri kad grafik RDNA 2 akan dibentangkan pada 29 Oktober.

Baru-baru ini, Nvidia telah mendedahkan siri kad grafik baharu mereka yang menggunakan seni bina Ampere. Ramai pemain PC kini menunggu jawapan daripada AMD untuk memperkenalkan produk saingan yang lebih hebat.

Dalam pasaran pemproses, AMD telah menjadi jenama yang menjadi pilihan ramai pemain PC kerana produk-produk mereka menawarkan kuasa pemprosesan yang bagus pada harga yang berpatutan. Adakah prestasi sebegini akan disambung dengan Zen 3?

Satu perkara yang sudah diketahui tentang kad grafik yang menggunakan seni bina RDNA 2 ialah ia juga adalah seni bina yang sama yang digunakan oleh konsol-konsol generasi baharu iaitu Xbox Series X dan PlayStation 5 (PS5).

Mari kita tunggu dan lihat apa yang akan dibentangkan oleh AMD pada bulan depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+