Among Us catat 4 bilion tontonan di Youtube pada September
2020-10-15T07:36:25
By: Hazril Md Nor

Among Us catat 4 bilion tontonan di Youtube pada September

 

Nampaknya Among Us bukan saja menjadi fenomena di Twitch tapi juga di Youtube.

Laporan daripada Screen Rant mengatakan Among Us mencatatkan 4 bilion tontonan pada September. Disebabkan pandemik COVID-19 yang membuatkan ramai orang berada di rumah, mereka memilih Among Us sebagai hiburan masa lapang. Malahan, ramai streamer yang mempopularkan permainan ini.

Di peranti pintar, Among Us dimainkan dengan kerap di pejabat, di restoran dan di tempat lepak lain. Ia membuatkan pemain menjadi kreatif untuk merancang ‘pembunuhan’ ke atas krew kapal ataupun menyelamatkan diri dari dibunuh.

Angka 4 bilion ini dikeluarkan oleh Youtube Gaming. 18.7 peratus adalah dari penonton di Amerika Syarikat dan pencipta kandungan dari Korea Selatan sudah mula memuat naik video sejak Julai lagi.

Bilangan yang ramai ini adalah daripada saluran Youtube yang terkenal hinggalah kepada yang baru saja berjinak-jinak dalam Youtube Gaming.

Among Us dibatalkan sekuelnya kerana populariti ini namun Innersloth sudah pun mempunyai perancangan untuk kemaskini kandungan dan menghentikan golongan penggodam.

Permainan ini boleh dimainkan di PC dan peranti pintar.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
God of War menyokong kadar bingkai sehingga 60FPS di PlayStation 5
2 days ago
[Review] Ghostrunner – permainan parkour yang hampir sempurna
2 days ago
[Review] Hades – sekali main, takkan berhenti!
3 days ago
MPL: “Tahniah untuk Ashi dan kawan-kawan yang lain di Todak,” – Nenas
3 days ago
PlayStation melantik Travis Scott sebagai Rakan Kreatif Strategik
3 days ago
MPL: “Manity adalah unsung hero yang orang tak nampak” – Ashi (Todak)