Apex Legends akan dilancarkan di Steam dan Nintendo Switch, crossplay juga disokong

Di pembentangan EA Play Live June 2020, Respawn Entertainment membuat beberapa pengumuman menarik tentang permainan video battle royale mereka iaitu Apex Legends.

Pengumuman terbesar ialah judul tersebut akan dilancarkan di Steam dan juga di Nintendo Switch. Tiada tarikh pelancaran tepat diberikan tetapi EA menyatakan kedua-dua versi tersebut akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini.

Sokongan permainan rentas platform (crossplay) juga akan diperkenalkan pada masa depan. Ini akan membolehkan semua pemain PC dan konsol untuk bermain bersama-sama.

Pada 23 Jun ini, acara Lost Treasures Collection akan bermula dalam Apex Legends. Acara tersebut akan memperkenalkan sebuah mod baharu iaitu Armed and Dangerous Evolved dan pemain juga boleh mendapatkan Mirage Heirloom.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+