Apex Legends Masukkan Mod Duos Dan Peta Kings Canyon Secara Tetap
2020-04-08T04:26:36
By: Burhanudin Zamri

Apex Legends Masukkan Mod Duos Dan Peta Kings Canyon Secara Tetap

 

Bermula pada 7 April 2020, Apex Legends akan memulakan acara Old Ways yang memberi fokus terhadap watak Bloodhound. Selain itu, ia juga menjadikan mod permainan Duos (dua pemain dalam satu pasukan) dan peta Kings Canyon sebagai ciri tetap.

Respawn Entertainment (pembangun Apex Legends) sebelum ini pernah memperkenalkan mod Duos beberapa kali dan menurut pantauan mereka, ia telah memberikan impak yang positif terhadap populariti Apex Legends.

Mod Solos juga pernah diminta oleh sesetengah pemain dan sebelum ini ia pernah dimasukkan pada tempoh terhad. Respawn menerangkan bahawa mod tersebut tidak sesuai untuk Apex Legends kerana kebanyakan watak-watak mempunyai kemahiran yang hanya berguna apabila bermain secara berpasukan.

Peta Kings Canyon kini dibawa kembali dan akan kekal sebagai salah satu peta yang boleh dimain. Walaubagaimanapun, pemilihan peta tidak dibuat oleh pemain dan para pemain akan bermain mengikut putaran peta. Putaran tersebut mengandungi peta World’s Edge versi terkini, Kings Canyon versi Musim Kedua, dan Kings Canyon After Dark.

Untuk mod permainan Ranked, peta yang dimain akan dipilih mengikut Siri yang sedang berlangsung dan pada waktu ini, peta tersebut ialah Kings Canyon.

Acara OId Ways memperkenalkan satu lokasi baharu dalam peta-peta Apex Legends di mana para pemain boleh menyertai Bloodhound’s Trials. Dalam aktiviti tersebut, para pemain perlu menewaskan haiwan yang bernama prowlers untuk mendapatkan loot yang berkualiti tinggi.

Sumber: EA

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Killing Floor 2 antara permainan video percuma Epic Games Store minggu ini
3 days ago
SUPERHOT: MIND CONTROL DELETE akan dilancarkan di PC dan konsol pada 16 Julai
3 days ago
Ninja mula stream di Youtube selepas Mixer ditutup
4 days ago
Segala yang korang perlu tahu tentang PUBG Mobile World League Season 0: East
4 days ago
Warhammer: Chaosbane akan dilancarkan di PS5 dan Xbox Series X
4 days ago
WWE 2K Battlegrounds akan dilancarkan pada 18 September