Apex Legends Musim Ke-5 memperkenalkan watak baharu Loba Andrade

Musim ke-4 Apex Legends memperkenalkan watak Revenant yang mempunyai latar belakang sebagai pembunuh upahan. Nampaknya seorang watak baharu kini muncul untuk membalas dendam terhadapnya.

Trailer baharu untuk Apex Legends Musim Ke-5 telah dilancarkan dan ia memperkenalkan watak Loba Andrade. Dia merupakan anak kepada salah seorang mangsa pembunuhan Revenant.

Pada waktu ini, Respawn Entertainment masih belum mendedahkan kebolehan dan kesitimewaan Loba. Menurut apa yang ditunjuk dalam trailer di atas, dia mempunyai kebolehan untuk teleport dan juga mendapatkan senjata dari jarak jauh.

Apex Legends Musim Ke-5 bertajuk Fortune’s Favor dan ia akan dilancarkan pada 12 Mei 2020. Seperti biasa, musim ini akan meperkenalkan Battle Pass baharu serta ciri-ciri lain yang akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi Apex Legends.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+