Aplikasi Mencari Pasangan, Tinder Berkolaborasi  Dengan Organisasi E-Sukan, paIN Gaming
2020-02-12T04:28:56
By: Hazril Md Nor

Aplikasi Mencari Pasangan, Tinder Berkolaborasi Dengan Organisasi E-Sukan, paIN Gaming

 

Semakin banyak jenama bukan endemik (tidak berkaitan dengan e-sukan) kini terlibat atau berkolaborasi dengan organisasi yang terkenal. Baru-baru ini, aplikasi mencari pasangan, Tinder umum kolaborasi dengan paIN Gaming, sebuah organisasi e-sukan dari Brazil.

Menurut One Esports, Tinder akan menaja empat pasukan paIN iaitu Free Fire, CS:GO, Dota 2 dan Clash Royale. 

Selain itu, mereka turut mengacah kandungan baru dalam e-sukan selain memberi cabutan bertuah berupa kod Tinder Gold kepada peminat pasukan-pasukan tersebut.

Dengan kolaborasi ini, Tinder cuba untuk memperluaskan pasaran mereka dalam industri e-sukan yang dipenuhi oleh anak muda tanpa mengira jantina.

Ini adalah kali kedua Tinder berada dalam pasaran e-sukan, kali pertama bersama pasukan e-sukan dari Brazil juga iaitu MIBR.

Sumber: OneEsports

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
5 Game Seram Yang Paling Menakutkan Setakat Februari 2020
1 day ago
Review: Sonic The Hedgehog Filem Yang Seronok Untuk Tontonan Sekeluarga
1 day ago
5 Sebab Kenapa Soloz Streamer Paling Popular Di Malaysia
2 days ago
Cara Untuk Menangi Kad Grafik GeForce RTX 2080 Ti Edisi Cyberpunk 2077 (Kemaskini)
3 days ago
Rainbow Six Siege Akan Hadir Ke PlayStation 5 – Kata Ubisoft
3 days ago
Team Secret Umum Pasukan League Of Legends – Lowkey Esports Dari Vietnam