Assassin’s Creed: Odyssey Percuma Pada Hujung Minggu Ini

Sudah lebih daripada 10 judul Assassin’s Creed dikeluarkan oleh Ubisoft dan Assassin’s Creed: Odyssey merupakan keluaran terbaru di PC dan konsol. Bagi anda yang belum pernah cuba permainan video tersebut, peluang keemasan bakal tiba.

Ubisoft telah mengumumkan cubaan percuma (free trial) untuk Assassin’s Creed: Odyssey dari 19 Mac sehingga 22 Mac 2020. Bagi pemain PlayStation 4 (PS4), anda perlu menjadi pelanggan PlayStation Plus (PS+) untuk muat turun percubaan ini.

Bagi pemain PC pula, aplikasi Uplay diperlukan untuk akses dan muat turun percubaan ini. Perkara yang sama perlu dilakukan untuk pengguna Xbox One.

Assassin’s Creed: Odyssey dilancarkan pada tahun 2018 dan ia dipuji oleh ramai pengkritik dan dicalonkan untuk pelbagai anugerah seperti Game of the Year di The Game Awards 2018 dan Best Game di BAFTA Games Awards 2019.

Dalam setiap judul Assassin’s Creed, pemain dapat menerokai zaman-zaman yang berbeza. Assassin’s Creed: Odyssey menempatkan pemain pada zaman Yunani Purba (Ancient Greece) dan anda akan bermain sebagai askar upahan yang datang daripada keturunan Raja Leonidas dari Sparta.

Permainan video ini mempunyai elemen aksi, pengembaraan, dan juga role-playing game (RPG). Seperti biasa, ia juga mempunyai aspek stealth yang membenarkan anda untuk menyelesaikan misi tanpa diketahui musuh.

Sebuah jualan terbitan Ubisoft sedang diadakan di Steam dan Ubisoft Store. Dalam jualan tersebut, Assassin’s Creed: Odyssey dijual pada harga RM68.97 sehingga 27 Mac 2020. Jika anda menyukai permainan video ini selepas mencubanya, ia berbaloi untuk dibeli pada harga tersebut.

Malangnya, ia masih dijual pada harga penuh di PlayStation Store (PS Store) iaitu RM233.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+