Babak seterusnya dalam Destiny 2 akan diumumkan pada 10 Jun 2020

Permainan video first-person shooter (FPS) dalam talian Destiny 2 dilancarkan tiga tahun lepas tetapi ia masih mempunyai ramai pemain dan mendapat sokongan daripada pembangunnya Bungie.

Baru-baru ini, Bungie telah mengumumkan bahawa kandungan tambahan seterusnya untuk judul tersebut akan didedahkan pada 10 Jun 2020, jam 12 tengah malam mengikut waktu Malaysia.

Pendedahan ini akan dibuat melalui sebuah livestream yang akan disiarkan melalui YouTube, Twitch, dan Mixer. Anda juga boleh mendapatkan berita kemaskini melalui emel dengan mendaftarkan diri di laman web rasmi Destiny 2.

Destiny 2 mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik dan sebuah dunia yang mempunyai sejarah tersendiri. Kandungan tambahan baharu ini nampaknya akan menceritakan babak baharu dalam kisah judul ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+