Bagaimana League of Legends: Wild Rift Akan Bersaing Dengan Mobile Legends Dan Arena of Valor?

Sejak Riot Games mengumumkan League of Legends: Wild Rift pada Oktober tahun lepas, ramai yang menunggu kedatangan permainan mudah alih ini pada 2020.

Ada yang mengatakan ia akan ‘meletup’ dan viral di seluruh dunia tapi ada juga yang mengatakan ia akan memberi saingan hebat kepada permainan genre MOBA lain. Sejauh mana kesahihannya?

Melihat kepada gameplay, LOL: Wild Rift meminjam elemen daripada PC (hampir sama) dan ia menawarkan mekanisme permainan lebih kompleks kepada pemain. Game yang menggunakan pendekatan sama adalah Call of Duty: Mobile yang menerima lebih 180 juta muat turun selepas tiga bulan pelancarannya.

Tapi bagaimana Wild Rift akan memberi impak kepada MOBA yang sudah dimainkan jutaan orang terutamanya di Asia Tenggara? 

 

Populariti Arena of Valor dan Mobile Legends: Bang Bang

Kedua-dua permainan ini dilancarkan pada 2016 dan mengumpulkan jutaan peminat.

Kejohanan dunia M1 sebelum ini menarik 648,000 penonton dan 162,050 tontonan secara keseluruhan. 

Kejohanan Antarabangsa Arena of Valor 2019 pula mencatatkan 541,229 tontonan puncak. Warga Vietnam saja merangkumi 352,843 orang untuk kejohanan AS$500,000 itu.

Dengan angka ini, nampaknya peminat kedua permainan ini tidak akan pergi ke mana-mana ditambah lagi dengan Moonton yang sentiasa memberikan kandungan baru kepada peminat dengan acara-acara dalam permainan, hero baru, skin baru dan mod baru contohnya seperti Magic Chess yang boleh dimainkan bermula esok.

Oleh itu, kerisauan sebenar bukanlah bagaimana MLBB dan AOV akan survive apabila Wild Rift tiba tapi sebaliknya ialah bagaimana permainan keluaran Riot Games ini boleh menarik pemain ke komunitinya yang tersendiri dalam pasaran begitu kompetitif ini. 

(Sumber terjemahan: DOT Esports)

RELATED NEWS

+