Kita tahu Battlefield baru akan keluar tahun ini: EA sahkan berita itu pada Januari. Tapi yang menjadi persoalannya, apa temanya? Satu ura-ura mengatakan ia akan mengambil tempat semasa World War 2.
Sumber itu berkata, game itu juga akan dinamakan sebagai Battlefield V (kerana DICE dan EA tak kisah aturan nombor). Lihat logo ini yang dilaporkan di Reddit.
Ini bermakna Battlefield V akan menggunakan tema sama seperti Call of Duty World War II yang dikeluarkan tak lama dulu. Tema kali ini menandakan persinggahan dari tema futuristik yang digunakan untuk Battlefield sebelum ini.