Battlefield V Tak Menyertakan Lootbox – Kata EA DICE

EA.. nampaknya dah belajar dari kesilapan! Mereka mengumumkan yang Battlefield V tak akan memperkenalkan lootbox

EA Dice mengesahkan dalam penstriman langsung istimewa dan bercakap kepada Polygon. Kata mereka, Battlefield 5 tak mempunyai  lootbox dan barangan kosmetik boleh dibeli menggunakan mata wang sebenar. Barangan ini juga boleh didapatkan dalam permainan menggunakan in-game currency dan tak akan memberi kesan kepada gameplay.

Diumumkan secara rasmi hari ini, Battlefield 5 akan kembali ke tema Perang Dunia ke-2 pada Oktober ini.

Dalam trailer ini, Battlefield V memperkenalkan watak perempuan yang menerajui front-line tapi pengguna Youtube ada yang tak menyukai perubahan itu dan mengecam EA. 

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+