Belanjawan 2019 Beri RM10 Juta Untuk Pembangunan Esports Negara

Berita baik kepada komuniti gaming dan esports!

Semasa persidangan Belanjawan 2019, kerajaan memberi peruntukkan sebanyak RM10 juta dalam usaha untuk membangunkan sektor esports.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerajaan Malaysia akan menyalurkan 10 juta kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.

Ini sejajar dengan harapan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub esports di rantau ASEAN. Beliau sedang giat membangunkan e-stadium atau esports mall yang boleh menjana pendapatan dan beri peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Apa pendapat korang tentang langkah kerajaan baru bagi membangunkan esports di Malaysia? Kongsikan pendapat korang bersama kami!

RELATED NEWS

+