BLACKPINK in your area! Kolaborasi bersama PUBG Mobile bermula hari ini

Minggu lalu, PUBG Mobile menimbulkan satu sensasi di media sosial apabila mereka mengacah satu kolaborasi bersama kumpulan wanita KPOP popular, BLACKPINK.

Hari ini, mereka mengumumkan lebih lanjut kolaborasi ini. Ia sempena album baru BLACKPINK iaitu The Album dan mereka juga mendedahkan visual, muzik lobi, barangan in-game dan banyak lagi acara BLACKPINK untuk dinikmati pemain.

Bermula hari ini hingga 2 Oktober, pemain PUBGM boleh menikmati lagu baru BLACKPINK, “How You Like That” di lobi permainan. Selepas pelancaran album baru itu nanti, lebih banyak lagu boleh didengari.

Selain itu, airdrop plane sekarang ditampilkan dalam warna merah jambu dengan logo BLACKPINK. Efek visual tambahan turut ditambah pada skrin menu utama.

Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose mempunyai akaun peribadi dalam PUBG Mobile dan mereka boleh dicari menerusi ID pengguna. Anda boleh carinya DI SINI. Pemain boleh menghantar hadiah dan meninggalkan mesej kepada ahli BLACKPINK pilihan mereka.

Selain itu, pemain boleh mendapatkan peluang memenangi Adorable Panda Suit dan Killer Cadet Set serta album baru BLACKPINK yang ditandatangan dengan menyiapkan misi dalam permainan.

Gunakan juga tanda pagar $PUBGMxBLACKPINK untuk peluang memenangi album ditandatangan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+