Borderlands 2 Kembali Dalam PlayStation VR, Jadi Vault Hunter Melalui Kacamata VR

Borderlands 2 ditransformasikan sepenuhnya sebagai game virtual reality (VR) dikeluarkan khas di PlayStation VR.

Borderlands 2 adalah sebuah game aksi open-world dalam perspektif first-person shooter dan sebuah sekuel kepada Borderlands yang dilancarkan pada tahun 2012. Dalam game ini, korang boleh memilih antara empat karakter dengan kebolehan unik masing-masing dipanggil sebagai Vault Hunters yang mahu mengutip habuan berharga dalam Vault tersorok di planet Pandora.

Game ini juga masih digelar sebagai game first-person shooter paling popular dalam kalangan pemain kerana penceritaan dunia luas Pandora yang membuatkan korang tentu tak kering gusi serta gameplay yang seronok bersama kawan-kawan korang dalam mod co-op dan multiplayer.

LOOT!!!

Untuk versi VR pula, pembangun siri Borderlands, Gearbox Software meningkatkan keseronokkan mencari Vault dengan ciri-ciri baru seperti BAMF Time iaitu aksi tembak menembak secara slowmo ala-ala bullet time Max Payne.

Kesemua Vault Hunters: Axton, Maya, Salvador dan Zer0 akan kembali dan kebolehan unik mereka diubahsuai untuk Borderlands 2 VR kerana game VR ini sepenuhnya single-player, bermakna tiada elemen multiplayer atau co-op tersedia.

Buat pertama kali, korang boleh memandu kenderaan sambil menembak skag dan musuh dengan membidik sasaran terus ke arah musuh menggunakan kacamata VR.

Menari bersama robot Claptrap dan melihat karakter korang memegang dua senjata serentak dalam trailer Borderlands 2 VR di bawah:

Borderlands 2 VR akan dilancarkan di PlayStation VR pada 14 Disember 2018.

Sumber: PlayStation Blog

RELATED NEWS

+