Borderlands 3: Saksikan Trailer Bloody Harvest Menampilkan Bos, Senjata & Kebolehan Menyeramkan

Gearbox Software akhirnya telah mengumumkan tarikh untuk acara pertama untuk Borderlands 3 iaitu Bloody Harvest sempena perayaan Halloween bakal menjelang tidak lama lagi.

Saksikan pemburu Vault berhadapan dengan raksasa mengganas trailer Bloody Harvest di bawah:

Dalam trailer di atas, pemain akan bertempur dengan bos baru bernama Captain Haunt, senjata legendary baru ‘Fearmonger’, kostum baru untuk setiap pemburu Vault, kulit senjata, keychain senjata, kulit echo device, mod bom tangan dan mod perisai baru. 

Korang bakal bertemu dengan musuh ‘Haunted’ muncul di pelbagai lokasi. Musuh-musuh ini mempunyai skil ‘Terror’ yang boleh melemahkan penglihatan karakter serta mengurangkan ketepatan, penggunaan dan capaian senjata.

Sempena acara ini, korang juga menerima mata wang baru dipanggil sebagai ‘Hecktoplasm’ yang mana korang boleh membuat transaksi untuk pergi ke peta Bloody Harvest. 

Pemain tidak perlu mengeluarkan satu sen untuk Bloody Harvest kerana acara ini adalah percuma. Lazimnya, Gearbox akan sentiasa mengeluarkan acara sebegini untuk merancakkan game. Kita tunggu apa sahaja acara yang bakal dipersembahkan untuk Borderlands 3.

Acara bertemakan Halloween ini akan hadir dalam game bermula dari 24 Oktober sehingga 5 Disember. Kalau nak tahu apa menarik tentang Borderlands 3, jom baca review penuh kami tentang game ini di sini.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

 

RELATED NEWS

+