Bosan Di Rumah? Jom Sewa Gaming PC!

Orang Esports Cafe telah memulakan Play@Home Rental Initiative. Melalui inisiatif ini, penduduk Lembah Klang boleh menyewa sebuah gaming PC untuk diletakkan di rumah untuk tempoh dua minggu atau sebulan.

Pada waktu ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan di Malaysia. Oleh itu, perniagaan seperti kafe siber tidak boleh dijalankan seperti biasa. Perkhidmatan penyewaan komputer merupakan sebuah idea yang bagus.

Terdapat dua jenis komputer yang boleh disewa iaitu Premium dan Ultimate. Berikut adalah harga serta tempoh penyewaan yang dinyatakan oleh Orange Esports Cafe:

  • Premium – dua minggu – RM200
  • Premium – sebulan – RM350
  • Ultimate – dua minggu – RM300
  • Ultimate – sebulan – RM 500

Bagi anda yang ingin bermain permainan video PC sementara terpaksa duduk di rumah, ini merupakan sebuah perkhidmatan yang sangat bagus. Pada waktu yang sama, pastikan keadaan kewangan anda berapa pada tahap yang baik kerana masih ada kemungkinan tempoh PKP dipanjangkan.

Sumber: Orange Esports Cafe

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+