Bosan Di Rumah? Try Lah 10 Game Kasual Di iOS Dan Android Ni!
2020-03-19T10:21:31
By: Burhanudin Zamri

Bosan Di Rumah? Try Lah 10 Game Kasual Di iOS Dan Android Ni!

 

Untuk memastikan penyebaran wabak COVID-19 dapat dikawal, kita harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh kerajaan dan pihak berkuasa. Dalam situasi ini, ramai antara anda semestinya merasa bosan apabila terpaksa duduk di rumah.

Jangan khuatir! Terdapat banyak permainan video telefon pintar kasual yang seronok dan anda tidak perlu kebolehan ibarat seorang pro gamer untuk menikmati semua permainan tersebut.

Berikut adalah senarai 10 permainan video mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma di Android dan iOS:

 

Subway Surfers

Subway Surfers merupakan sebuah permainan video infinite runner yang berwarna warni. Ia sangat mudah dimain dan pada waktu yang sama, memberikan cabaran yang secukupnya agar anda tidak rasa bosan. Kumpulkan markah dan coins untuk membeli watak-watak baru serta barangan aestetik lain.

 

Candy Crush Saga

Tidak kira sama ada berusia muda atau tua, Candy Crush Saga ialah sebuah permainan video yang pasti membuatkan anda ketagih. Anda hanya perlu menyambung sekurang-kurangya tiga gula-gula yang sama warnya. Syarat kemenangan ialah untuk memperolehi jumlah markah tertentu dengan hanya melakukan bilangan gerakan tertentu.

 

Sonic Dash 2: Sonic Boom

Sekuel kepada Sonic Dash ini menampilkan lebih ramai watak daripada francais Sonic the Hedgehog. Selain daripada itu, terdapat beberapa penambahbaikkan seperti sistem kombo yang menggalakkan pemain untuk menewaskan musuh.

 

Cooking Mama: Let’s Cook

Apabila berbicara tentang permainan video masakan untuk telefon pintar, jarang sekali terdapat judul yang sama hebat dengan Cooking Mama: Let’s Cook. Daripada memecahkan telur sehingga memotong sayur-sayuran, Cooking Mama akan membuatkan anda rasa seperti seorang chef yang mampu membahagiakan suami atau isteri anda. Jika anda bujang, gunakan imaginasi anda.

 

Mak Cun’s Adventure

Adakah anda pernah bercita-cita membuka gerai nasi lemak sendiri? Bagaimana pula dengan butik pakaian sendiri? Anda boleh merealisasikan cita-cita tersebut melalui Mak Cun’s Adventure. Walaupun permainan video ini dibuat berdasarkan siri televisyen Mak Cun, mereka yang tidak pernah menonton siri tersebut juga boleh menikmatinya.

 

Magic Tiles 3

Magic Tiles 3 menggabungkan keseronokan permainan video bersama kenikmatan muzik. Anda hanya perlu tekan kotak yang betul pada waktu yang tepat mengikut rentak lagu yang sedang dimainkan. Ia sebuah permainan video yang sempurna bagi mereka yang cekap dalam mengikut irama lagu.

 

BoBoiBoy Run

Masa telah tiba untuk anda menyelamatkan galaksi ini daripada makhluk asing jahat. BoBoiBoy Run memberikan anda peluang untuk bermain sebagai pelbagai watak daripada siri BoBoiBoy dan setiap watak mempunyai cara serangan tersendiri.

 

Crossy Road

Anda semestinya pernah mendengar persoalan “Mengapa ayam menyeberangi jalan.”

Anda tidak akan menemui jawapan kepada persoalan tersebut dalam Crossy Road tetapi anda akan temui sebuah permainan video yang sangat mudah dan sangat menyeronokkan. Matlamat anda sangat ringkas: maju ke hadapan dan elak segala kemalangan.

 

2048

Permainan video 2048 ini nampak rumit tetapi sebenarnya ia agak mudah difahami. Anda hanya boleh menggabungkan petak yang mempunyai number yang sama. Jika semua petak dipenuhkan, anda akan kalah. Jangan risau, anda tidak perlu bijak matematik untuk menikmati 2048.

 

Upin Ipin Demi Metromillenium

Jika anda mempunyai anak atau saudara kecil yang minat siri animasi Upin & Ipin, permainan video Upin & Ipin Demi Metromillenium sangat sesuai untuk mereka. Ia merupakan sebuah infinite runner yang tidak susah dipelajari dan mempunyai ramai watak  dari siri Upin & Ipin.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 week ago
Mobile Legends: Musim Liga MPL Ditunda Berikutan Wabak COVID-19
1 week ago
Mobile Legends: Flameshot OP? Ini Komen Ikuto, Terence Dan Gideon
1 week ago
PMPL Malaysia Dan Singapura Ditangguhkan Kerana Wabak COVID-19
1 week ago
[Review] Nioh 2 – Mencabar Tapi Memuaskan
2 weeks ago
10 Game Percuma Untuk Main Di Rumah Dan Elak Coronavirus
2 weeks ago
Naruto: Slugfest Akan Tiba Pada 20 Mac 2020