BOSSKURR CUP Bermula Hari Ini, RM15,000 Sumbangan Akan Disalur Kepada Badan Kebajikan

Usaha murni organisasi e-sukan tempatan, Team Bosskurr yang akan menganjurkan Piala Amal (BOSSKURR CUP) bermula hari ini kini sudah mengumpul sebanyak RM14,000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan.

Kejohanan dalam talian itu yang akan bermula pada jam 6 petang ini dijalankan dalam format grouping di mana lapan pasukan teratas akan mara ke pusingan penentuan pada April nanti.

Menurut WTM Today, Team Bosskurr telah pun mengeluarkan jadual bagi perlawanan yang akan berlangsung pada minggu ini.

 

12 Februari (Rabu)

  • Team Bosskur vs Boss Bangsawan – 6PM
  • MyA vs Boss JB – 6:30PM
  • Geek Fam vs Red Esports – 8PM
  • Boss All Star vs Boss Revolution – 8:30PM
  • Boss Sonia vs Boss NV – 9PM
  • Honey Juana Clan vs Boss Axis – 9:30PM
  • MoonChild vs Boss Rusuh – 10PM
  • Godz vs Todak – 10:30PM

 

13 Februari (Khamis)

  • Todak vs MyA – 6PM
  • Boss Rusuh vs Team Bosskurr – 6:30PM
  • Boss Axis vs MoonChild – 8PM
  • Boss NV vs Honey Juana Clan – 8:30PM
  • Boss Resolution vs Boss Sonia – 9PM
  • RED Esports vs Boss All Star – 9:30PM
  • Boss JB vs Geek Fam – 10PM
  • Boss Bangsawan vs Godz – 10:30PM

 

Bagi anda yang ingin menyaksikan penstriman langsung bagi kejohanan ini bolehlah ke Facebook rasmi Team Bosskurr. 

Ia disertai oleh pasukan-pasukan di bawah naungan Bosskurr sendiri iaitu Team Bosskurr, Boss Axis, Boss All Star, Boss Bangsawan, Boss JB, Boss NV, Boss Rusuh, Boss Sonia, Boss Revolution dan Honey Juana Clan. Pasukan jemputan pula adalah Red Esports, Geek Fam, Todak, MyA, MoonChild dan Godz.

(Sumber: WTM Today)

RELATED NEWS

+