Bukan rezeki Team Bosskurr, Suhaz EVOS terus dominasi

Pasukan Suhaz EVOS seperti biasa menunjukkan dominasi mereka di kumpulan B dengan sekali lagi mengambil kemenangan ke atas pasukan Team Bosskurr.

Mereka berjaya menjatuhkan pasukan Bosskurr dengan  skor 2-0.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Di perlawanan  pertama, mereka menggunakan taktik Angela + Ling yang mana ia merupakan kombo sudah lama agak lama ditinggalkan. Permainan agresif ini juga memerlukan bantuan Shield dan Angela memenuhi peranan itu.

D Ace juga bermain tank dengan sangat baik dengan 21 assists. Keseluruhannya, semua pemain Suhaz EVOS bermain dengan berdisiplin dan sangat teratur.

Box mengenakan serangan tertinggi iaitu sebanyak 65,204 damage dan terus berjaya mendapatkan Rich Guy.

Dengan KDA 9/1/14, Box memperoleh MVP untuk perlawanan pertama ini.

 

PERLAWANAN KEDUA

Pada perlawanan kedua ini, Suhaz EVOS menggunakan taktik memberikan banyak ruang kepada Claude untuk mendapatkan farm yang cukup dan nyata ia berkesan. 

Penggunaan Hyhy Chou juga menyerlah dan berjaya menangkap pemain Team Bosskurr berulang kali.

Sekali lagi Box mengenakan serangan tertinggi dan menjadi pemain terkaya dalam perlawanan ini.

Pasukan mana yang Suhaz EVOS nak lawan minggu depan?

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

RELATED NEWS

+