Call Of Duty Baru Disahkan Tiba Pada Hujung 2020

Para peminat permainan first-person shooter sudah biasa menerima berita tentang keluaran baru Call of Duty (COD) setiap tahun dan 2020 tidak berbeza dalam hal ini.

Baru-baru ini, Activision mengeluarkan rakaman panggilan persidangan syarikat bersama pihak pelabur. Antara tujuan panggilan tersebut ialah untuk berkongsi tentang rancangan masa depan syarikat.

Dalam panggilan tersebut, Ketua Pegawai Operasi Activision, Coddy Johnson, mengesahkan permainan COD yang seterusnya akan dilancarkan pada suku keempat tahun 2020.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mendedahkan studio pembangunan mana yang sedang membuat permainan itu dan juga tajuk penuh permainan tersebut.

Terdapat tiga studio pembangunan yang dimiliki Activision yang diputarkan tugasan untuk membangunkan permainan dalam siri COD: Infinity Ward, Sledgehammer Games, dan Treyarch.

Call of Duty: Modern Warfare yang dilancarkan pada tahun lepas dibangunkan oleh Infinity Ward dengan bantuan daripada Sledgehammer Games.

Kemungkinan besar Treyarch sedang membangunkan permainan COD yang akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020 tetapi kita nantikan dahulu pengumuman rasmi daripada Activision.

Coddy juga menyatakan permainan baru COD ini mendapat reaksi positif daripada playtesters.

Sumber: IGN SEA

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+