Untuk peminat zombi. Tembak mayat hidup.. di mana-mana!

Call of Duty: Black Ops 4 akan datang ke PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 12 Oktober ini. Developer, Treyarch mengumumkan tarikh itu dalam blog Activision sambil mengacah ‘community reveal event’ yang boleh disaksikan pada 17 Mei.

Black Ops pertama mengambil latar masa pada 1960-an, sekuelnya, Call of Duty: Black Ops II melompat ke tahun 1985 dan 2025 dan Black Ops III terus maju ke masa depan iaitu pada 2065. Kesemua game ini mempunyai mod zombi, co-op yang menampilkan undead

Mereka mungkin lancar lebih awal untuk mengelak game Red Dead Redemption 2 yang dihasilkan Rockstar untuk keluaran lewat Oktober. Mesti lah RDR 2 akan mengacau hasil jualan Black Ops kan? Satu langkah bijak Treyarch!

Sumber: Engadget