Call of Duty Mobile Garena Invitational Akan Dihoskan Di Thailand, Tawar Prizepool RM265,000

Garena World 2020 akan menganjurkan kejohanan Call of Duty Mobile pertama yang dikenali sebagai Garena Invitational.

Ia akan dianjurkan di Thailand dengan hadiah terkumpul melebihi AS$65,000 (RM265,000), mengumpulkan lapan pasukan dengan pecahan berikut mengikut negara:

  • Thailand (tuan rumah) – 2 pasukan
  • Indonesia – 2 pasukan
  • Taiwan, Singapura, Malaysia dan Filipina – 1 pasukan

Mereka akan dipilih menerusi kelayakan serantau yang akan dianjurkan tak lama lagi. Buat masa sekarang, Garena tidak mengeluarkan butiran bila kelayakan bermula atau tarikh rasmi bagi Garena CODM Invitational ini.

“Sambutan hangat dari pertandingan tempatan yang diadakan sejak kebelakangan ini mendorong hasrat kami untuk memulakan tahun baru dengan mengumumkan regional invitational pertama untuk Call of Duty Mobile – Garena.

“Kami berharap ini adalah permulaan bagi lebih banyak kejohanan akan datang tahun ini,” – Mike Chang, Produser Serantau untuk COD Mobile – Garena.

COD Mobile diterbitkan oleh Garena di Thailand, Indonesia, Singapura, Malaysia, Filipina dan Taiwan pada 1 Oktober tahun lalu.

Ia memenangi anugerah Permainan Mudah Alih Terbaik di The Game Awards dan Permainan Terbaik 2019 oleh Google Play.

Untuk info lanjut, layari Facebook rasmi CODM.

RELATED NEWS

+