fenomena dalam kalangan pemain peranti mudah alih dan pemain PC di seluruh dunia dan juga di Malaysia."> fenomena dalam kalangan pemain peranti mudah alih dan pemain PC di seluruh dunia dan juga di Malaysia." /> fenomena dalam kalangan pemain peranti mudah alih dan pemain PC di seluruh dunia dan juga di Malaysia." />

Cara-cara menjadi Impostor hebat dalam Among Us

Permainan Among Us kini telah menjadi satu fenomena dalam kalangan pemain peranti mudah alih dan pemain PC di seluruh dunia dan juga di Malaysia.

Ia merupakan sebuah permainan multi-pemain dalam talian di mana sekumpulan pemain dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kru kapal dan penyamar atau Impostor.

Kru kapal perlu menyiapkan semua tugasan di atas kapal angkasa untuk menang dan Impostor pula perlu membunuh kru kapal sehingga bilangan kru kapal sama dengan bilangan Impostor.

Ramai pemain tidak menghadapi masalah menjadi kru kapal kerana mereka hanya perlu menyiapkan tugasan. Perkara yang betul-betul mencabar ialah menjadi Impostor yang perlu bersikap licik dalam tindak-tanduknya.

Jika anda ingin menjadi Impostor yang lebih hebat agar dapat membunuh rakan-rakan anda atau pemain lain, artikel ini semestinya akan membantu anda level up kemahiran anda!

 

Sentiasa berlakon melakukan tugasan

Untuk mendapatkan kemenangan sebagai Impostor, anda perlu memastikan tingkah laku anda tidak menimbulkan perasaan syak wasangka.

Salah satu cabaran besar menjadi Impostor ialah anda diberikan tugasan palsu yang memang tidak boleh disiapkan. Oleh itu, anda perlu berlakon melakukan tugasan untuk nampak seperti seorang kru kapal.

Tugas-tugas seperti menyambung wayar dan muat turun fail tidak mempunyai animasi istimewa. Anda boleh berdiri tegak berdekatan lokasi-lokasi tugasan tersebut.

Tindakan sebegini akan buat anda nampak seperti seorang kru kapal.

 

Jangan berlegar-legar berdekatan mayat

Apabila mayat dilaporkan, semua pemain akan tanya beberapa soalan penting. Antaranya ialah “Siapa yang berdekatan dengan mayat tersebut semasa ia ditemui?”

Pemain yang dilihat berdekatan mayat tersebut atau sedang berjalan keluar dari bilik penemuan mayat semestinya dituduh sebagai Impostor. Itu adalah perkara yang akan hampir 100% akan berlaku.

Sebagai Impostor, pastikan anda tidak berlegar-legar berdekatan mana-mana mayat kru kapal. Jika ada bolong (vent) berdekatan dan tiada pemain lain di situ, masuk dalam bolong itu untuk bersembunyi.

Jika banyak masa telah berlalu dan tiada siapa melaporkan mayat pemain yang anda sendiri bunuh, anda boleh melaporkan mayat tersebut untuk nampak seperti kru kapal yang tidak bersalah.

 

Gunakan sabotaj dengan cara yang strategik

Impostor mempunyai kebolehan untuk melakukan pelbagai jenis sabotaj yang mewujudkan situasi kecemasan. Antara sabotaj yang boleh dilakukan adalah menutup lampu, menutup pintu, merosakkan reaktor, dan menyekat bekalan oksigen.

Jika anda berada di penghujung peta bersama seorang kru kapal, anda boleh melakukan sabotaj yang perlu diselesaikan pada penghujung peta yang sebaliknya.

Kru kapal lain semua akan berlari menuju ke lokasi yang jauh dari anda dan ini memberikan anda peluang keemasan untuk membunuh.

 

Jangan suka hati masuk bolong (vent)

Satu lagi kemahiran istimewa Impostor ialah memasuki bolong untuk menyembunyikan diri. Apabila masuk ke dalam satu bolong, anda juga boleh keluar dari mana-mana bolong di keseluruhan peta.

Anda perlu ingat bahawa tempoh cooldown pembunuhan tidak bergerak semasa anda bersembunyi dalam bolong. Jika anda merancang untuk masuk dalam bolong sebagai persediaan untuk membunuh sesiapa, perhatikan cooldown anda.

Jika ada kru kapal nampak anda masuk bolong, itu bermaksud anda sudah dikenalpasti sebagai Impostor. Oleh itu, perhatikan dahulu persekitaran anda sebelum memasuki bolong.

 

Bela diri anda dan tuduh kru kapal

Apabila perbincangan diadakan, jangan berdiam diri. Perangai sebegitu membuatkan anda nampak bersalah dan jika dituduh, sukar untuk anda mempertahankan diri.

Untuk nampak tidak bersalah, pastikan anda melibatkan diri anda dalam semua perbincangan. Tanya soalan-soalan yang biasa ditanya kru kapal seperti “Di mana mayat ditemui?” dan “Apa tugasan yang kamu lakukan?”

Satu taktik yang penulis suka guna ialah membunuh seorang pemain dan beredar dari tempat kejadian melalui bolong. Selepas itu, penulis pergi semula ke tempat kejadian dan tunggu kru kapal laporkan mayat itu.

Penulis akan menekan butang “lapor” dengan lebih pantas dan menuduh kru kapal yang berdekatan dengan mayat tersebut.

Semua nasihat di atas diberikan mengikut pengalaman penulis sendiri bermain sebagai Impostor dalam Among Us. Jika anda ada nasihat-nasihat lain, kongsikan dengan kami di laman Facebook MyGameOn!

Among Us boleh dimuat turun secara percuma untuk Android dan iOS. Untuk pemain PC, anda boleh membeli permainan ini di Steam pada harga RM12.50.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+