Cara-cara untuk menjadi pemain Genshin Impact yang lebih handal
2020-12-09T03:45:12
By: Burhanudin Zamri

Cara-cara untuk menjadi pemain Genshin Impact yang lebih handal

 

Tiga bulan telah berlalu sejak Genshin Impact dilancarkan dan dalam tempoh yang pendek itu, ia telah menjadi salah satu permainan video paling popular di dunia. Kelebihannya terletak bukan sahaja pada ketersediaanya sebagai permainan percuma tetapi juga kerana ia mempunyai formula permainan yang sangat menyeronokkan dan kualiti grafik yang cantik.

Untuk menikmati kecantikan Genshin Impact sepenuhnya di telefon pintar, anda memerlukan telefon pintar gaming yang berkuasa. Antara telefon pintar gaming yang boleh main Genshin Impact pada tetapan grafik tertinggi ialah Lenovo Legion Phone Duel.

Telefon tersebut mempunyai skrin yang sangat jelas. Ia beresolusi 1080 x 2430 dan hadir bersama HDR10+ serta kadar segar semula 144Hz.

Penulis yakin terdapat ramai pemain dan peminat Genshin Impact di Malaysia yang mahu menjadi lebih handal dalam permainan tersebut. Hal ini demikian kerana Genshin Impact menjadi lebih mencabar apabila anda memajukan jalan cerita dan menaikkan World Level.

Ini membuatkan usaha untuk menguatkan watak-watak anda dan mendapatkan bahan-bahan naik taraf menjadi lebih sukar. Jika anda mengalami kesusahan untuk mengalahkan musuh-musuh dalam Genshin Impact, penulis ada beberapa nasihat yang boleh membantu anda.

 

Pentingkan gabungan elemen dalam komposisi parti

Elemen-elemen yang wujud dalam dunia Genshin Impact sentiasa berinteraksi sesama masing-masing untuk mewujudkan kesan-kesan yang menarik. Anda haru mempergunakan fakta ini untuk menguatkan semua serangan dan kemahiran watak-watak anda.

Gabungan Electro dan Pyro menghasilkan kesan Overloaded dan juga membuatkan letupan berlaku. Gabungan Hydro dan Cryo pula boleh membuatkan musuh membeku dan jika mereka diserang dengan watak bersenjata Claymore atau apa-apa Plunge Attack, ia akan membuatkan serangan tersebut lebih menyakitkan.

Terdapat banyak lagi gabungan elemen yang boleh membantu anda. Oleh itu, anda harus merancang komposisi parti anda agar dapat menggunakan kesan-kesan elemen sepenuhnya. Contohnya, parti yang mempunyai Diluc dan Lisa boleh melakukan banyak serangan Overloaded. Gabungan sebegini sangat berkesan dengan musuh-musuh elemen Hydro dan Cryo.

Jika anda ragu-ragu tentang keberkesanan parti anda, jangan rasa malu untuk rujuk artikel serta video panduan di internet.

Pengguna Lenovo Legion Phone Duel boleh membuka YouTube atau Google Chrome tanpa perlu menutup Genshin Impact. Telefon ini mempunyai sekurang-kurangnya 12GB RAM. Lebih daripada mencukupi!

 

Sentiasa bertukar watak mengikut keadaan

Antara kelebihan mempunyai parti yang penuh (empat watak) ialah anda sentiasa boleh bertukar watak. Selain daripada elemen, watak-watak Genshin Impact juga menggunakan kategori senjata berlainan. Sama seperti elemen-elemen berlainan, senjata berlainan juga mempunyai kelebihan dan kelemahan tertentu.

Dalam keadaan di mana anda bertarung dengan musuh yang berada di jarak jauh, anda patut bertukar ke watak yang mempunyai serangan jarak jauh seperti Amber atau Venti. Jika musuh tersebut mendekati anda, pastikan anda bertukar ke watak serangan jarak dekat pula.

Tindakan sebegini juga penting apabila anda mempunyai seorang tank atau healer dalam parti anda seperti Noelle atau Barbara. Bagi anda yang tidak biasa menukar watak secara pantas, penulis mencadangkan anda untuk berlatih agar anda boleh menggunakan setiap watak dalam parti anda sepenuhnya.

Kepantasan pemproses Snapdragon 865+ dalam Lenovo Legion Phone Duel memastikan anda boleh menukar watak tanpa berlakunya lagging atau gagapan (stuttering).

 

Belajar dan kuasai cancelling

Pemain yang biasa bermain permainan aksi atau pertarungan semestinya tahu tentang ‘cancelling‘. Cancelling bermaksud anda melakukan satu tindakan untuk membatalkan tindakan yang sedang dilakukan.

Satu contoh mudah cancelling ialah membatalkan animasi serangan dengan melakukan dash. Untuk watak-watak yang menggunakan claymore, animasi serangan mereka agak perlahan. Oleh itu, anda lebih mudah diserang. Dengan melakukan cancelling pada waktu yang betul, anda boleh mengelak serangan musuh.

Satu ciri Lenovo Legion Phone Duel yang membolehkan anda untuk melakukan cancelling dengan lebih berkesan ialah dua Ultrasonic Triggers. Anda boleh menetapkan salah satu butang tersebut untuk dash dan satu lagi untuk melakukan skill atau serangan.

Ultrasonic Triggers memastikan anda boleh menggunakan dua jari telunjuk untuk dash dan serang, manakala ibu jari boleh difokuskan kepada menggunakan skill dan bergerak.

Anda boleh belajar cara untuk melakukan cancelling melalui pelbagai artikel dan video di laman web. Ia amat mudah untuk dipelajari dan ia akan membolehkan anda untuk melakukan damage yang lebih banyak sambil mengelak serangan musuh.

 

Gunakan i-frames untuk mengelak serangan

Satu lagi kemahiran yang sering dipelajari oleh pemain permainan aksi dan pertarungan ialah menggunakan invincibility frames atau i-frames. Secara ringkasnya, i-frames adalah bahagian-bahagian sebuah animasi di mana pemain tidak dikenakan damage langsung apabila diserang.

Apabila anda melakukan dash, wujudnya i-frames dalam beberapa milisaat pertama dalam animasi dash tersebut. Ini bermaksud anda boleh mengelakkan damage daripada apa-apa serangan jika anda melakukan dash betul-betul sebelum serangan tersebut terkena watak anda.

Pembaca harus tahu bahawa kemahiran menentukan i-frames dan cara serangan musuh bukan sesuatu yang mudah. Walaubagaimanapun, paparan yang lancar serta spesifkasi Lenovo Legion Phone Duel yang berkuasa boleh membantu anda.

Skrin 144Hz bersama pemproses grafik Adreno 650 memastikan anda boleh main Genshin Impact pada kadar bingkai 60FPS yang stabil. Permainan yang lancar seperti ini membuatkan proses pembelajaran tentang i-frames dan serangan musuh menjadi lebih mudah.

Sama seperti cancelling, terdapat banyak artikel dan video di laman web yang boleh mengajar anda kemahiran ini.

 

——-

Kuasai Genshin Impact dan permainan lain dengan Lenovo Legion Phone Duel

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Genshin Impact ialah permainan yang sangat cantik tetapi tidak banyak telefon pintar mampu membolehkan semua tetapan grafik tertinggi. Ini bukan satu masalah untuk Lenovo Legion Phone Duel, telefon pintar gaming pertama daripada Lenovo Legion.

Telefon pintar ini diberi nama “Duel” untuk membawa maksud “dual” kerana terdapat pelbagai ciri-ciri berkembar yang menarik dalam fon ini seperti dua bateri 2,500mAh yang boleh dicaj secara serentak dan dua pembesar suara yang menghadap ke depan.

Berikut adalah spesifikasi Lenovo Legion Phone Duel:

  • CPU: Qualcomm Snapdragon 865+ 5G
  • GPU: Qualcomm Adreno 650
  • RAM: 12GB atau 16GB
  • Storan: 256GB atau 512GB
  • Paparan: 6.65″ FHD+ (2340×1080), 144Hz, AMOLED
  • Sistem quad-microphone dengan Qualcomm Noise Reduction Technology
  • Bateri 5,000mAh (2,500mAh x 2) dengan teknologi pengecasan pantas

Lenovo Legion Phone Duel juga mempunyai Air Triggers di sebelah kiri dan kanan bingkai fon. Penulis sendiri pernah menggunakan butang-butang tersebut dalam PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile. Memang ia memberi pengalaman permainan yang lebih memuaskan!

Selain daripada Genshin Impact, pemainan-permainan lain seperti Black Desert Online Mobile, Injustice 2, Mobile Legends: Bang Bang, dan League of Legends: Wild Rift juga boleh dimain pada tetapan grafik tertinggi tanpa apa-apa masalah. Untuk maklumat terperinci mengenai fon ini, anda boleh baca ulasan kami.

Lenovo Legion Phone Duel dijual pada harga RM3,399 (12GB/256GB) dan RM3,999 (16GB/512GB).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Final Fantasy VII Remake salah satu permainan percuma PS Plus Mac 2021
4 days ago
MPL Indonesia: Sang Raja RRQ Hoshi tewas di tangan Alter Ego 0-2
4 days ago
Wakil Malaysia, Wicked Esports layak ke grand final FIFA eClub World Cup, akan lawan Jepun
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha 2-1 Genflix Aerowolf pada perlawanan pembukaan
5 days ago
Asia Pacific Predator League 2020/21 akan berlangsung pada April 2021
5 days ago
Permainan battle royale Final Fantasy VII: The First Soldier diumumkan