Castlevania: Symphony Of The Night Dilancarkan Untuk Android & iOS

Castlevania: Symphony of the Night (SotN) merupakan permainan video yang mempelopori genre Metroidvania. Pada asalnya, ia dilancarkan untuk PlayStation (PS) pada tahun 1997.

Pada hari ini, Konami telah melancarkan Castlevania: Symphony of the Night untuk peranti mudah alih. Ia boleh dibeli pada harga RM12.90 di Google Play Store dan pada harga AS$2.99 (RM12.50) Apple App Store.

Dalam SotN, anda akan bermain sebagai anak kepada Dracula iaitu Alucard. Misi anda adalah untuk menerokai istana Dracula dan memusnahkannya.

Antara penambahbaikan yang dimasukkan dalam versi ini adalah sokongan untuk alat kawalan permainan video, fungsi “continue”, dan koleksi achievements yang boleh diperolehi pemain.

Sumber: IGN SEA

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+