Catherine: Full Body Akan Tiba Di Switch Pada 7 Julai 2020

Permainan video wujud sebagai cara untuk kita merealisasikan fantasi yang tidak boleh dilakukan dalam kehidupan sebenar. Jika anda ingin merasakan pengalaman menjadi seorang lelaki yang tidak setia kepada teman wanitanya, Catherine: Full Body ialah permainan video yang sesuai.

Permainan video tersebut akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 7 Julai 2020. Perkara ini diumumkan melalui video Nintendo Direct Mini yang dikeluarkan oleh Nintendo semalam.

Dalam Catherine: Full Body, anda akan bermain sebagai Vincent, seorang lelaki yang telah mencurangi teman wanitanya yang bernama Katherine bersama seorang wanita lain yang bernama Catherine. Pada waktu yang sama, dia juga menemui seorang lagi wanita yang bernama Rin.

Di situ anda sudah boleh faham kenapa tajuk permainan video ini ialah Catherine.

Cara permainan Catherine: Fully Body agak unik. Pada setiap malam, Vincent akan mengalami sebuah mimpi ngeri di mana dia perlu memanjat menara yang diperbuat daripada ratusan blok segi empat. Jika anda tidak memanjat dengan cepat, Vincent akan jatuh ke bawah dan mati di dalam alam mimpi dan juga alam realiti.

Versi asal Catherine dilancarkan untuk PlayStation 3 (PS3) dan Xbox 360 pada tahun 2011. Versi Full Body yang mengandungi kandungan tambahan serta sokongan resolusi 4K dan kadar framerate 60fps dilancarkan pada tahun lepas untuk PlayStation 4 (PS4).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+