CD Projekt Red Akhirnya Mendedahkan Demo Cyberpunk 2077 Berdurasi Hampir 1 Jam!

Demo Cyberpunk 2077 yang telah lama disorokkan dari pandangan umum dan khas untuk dimainkan oleh wartawan dan wakil media gaming semasa E3 dan Gamescom akhirnya boleh dipertontonkan untuk orang awam pada hari ini.

Cyberpunk 2077 merupakan game open-world first-person RPG yang sedang giat dibangunkan oleh CD Projekt Red setelah mereka mendedikasikan masa mereka untuk membangunkan siri RPG paling terkenal di dunia, The Witcher.

Pendedahan gameplay Cyberpunk 2077 ini tidak dijangka langsung kerana CD Projekt Red sering mengacah pemain dengan kod-kod atau mesej misteri. Ini membuatkan peminat dihimpit dengan pelbagai teori dari trailer baru Cyberpunk 2077 ke pengumuman tarikh rasmi bagi game ini.

Setelah menyaksikan kod-kod misteri itu di livestream Twitch seperti tertera di atas selama 8 jam, rupa-rupanya paparan panjang kod misteri berkenaan adalah sekadar gimik untuk menunjukkan satu demo gameplay yang telah siap direkodkan, berdurasi selama 48 minit! Korang boleh lihat keluasan dunia Cyberpunk 2077 dengan pancaindera korang sendiri melalui video di bawah:

Seperti game RPG lain, demo Cyberpunk 2077 dimulakan dengan character creation di mana pemain boleh mencipta karakter dan memberikan cerita latar belakang tersendiri. Kemudian, demo ini membawa pemain mengenali lebih dekat tentang kehidupan Night City yang sesak dengan pancaroba muncul dari setiap arah.

Dunia futuristik Cyberpunk 2077 tertumpu di Night City penuh dengan kepelbagaian penduduk tak kira gaya hidup, kaum, umur dan sebagainya.

Melalui pandangan kamera first-person, korang bertemu dengan rakan seperjuangan, Jackie yang diupah untuk menjejaki wanita hilang. Untuk memudahkan perjalanan misi, korang boleh mengubah suai komponen-komponen sibernetik untuk badan karakter. Contohnya, terdapat satu biji mata robotik membolehkan pemain memberi akses maklumat dan zoom lebih dekat ke arah seseorang dengan sekali pandang atau mengubah suai tangan menjadi satu senjata.

Demo Cyberpunk 2077 menunjukkan skala keluasan open-world dunia futurisitik besar setaraf siri Grand Theft Auto dan Watch_Dogs dengan menggunakan kenderaan untuk ke mana-mana destinasi. Selain itu, pelbagai elemen pengubahsuaian kepada karakter juga diterapkan dalam aksi combat seperti peluru yang boleh terpantul di dinding ke arah musuh, memberhentikan masa semasa menembak seperti time bullet dalam Max Payne dan macam-macam lagi.

Meskipun Cyberpunk 2077 kelihatan menarik dalam video gameplay ini, keputusan untuk mendedahkan demo gameplay ke mata orang ramai memberikan rasa tidak sedap hati kepada pengarah Cyberpunk 2077 dan ketua CD Projekt Red, Adam Badowski.

Menurut satu kenyataan media, Badowski berkata, “Kami hanya menunjukkan demo ini kepada media kerana secara asalnya, kebanyakan aset dan mekanik dalam versi demo Cyberpunk 2077 sentiasa akan berubah pada masa akan datang. Lebih daripada itu, elemen-elemen gameplay dari combat gunplay ke fizik dan animasi kereta serta menu skrin game juga sedang berada dalam fasa percubaan.

Apa yang anda nampak dari segi glitch, pergerakan muka karakter, lokasi-lokasi diperlihatkan dalam demo ini masih lagi dalam perancangan dan membuatkan kami tidak rasa selesa untuk dedahkan kepada pandangan umum.”

Namun, oleh kerana CD Projekt Red menerima banyak permintaan dari peminat untuk melihat bagaimana Cyberpunk 2077 dimainkan, Badowski membalas hasrat korang dengan melancarkan demo secara terus.

Jika korang mempunyai pandangan mata yang tajam, terdapat satu mesej rahsia yang disembunyikan oleh developer di akhir video gameplay ini. Nak tahu apa keseluruhan mesej itu? Seorang pengguna di Reddit berjaya menyalin baik dan korang boleh baca mesej itu dengan klik di sini.

Setakat ini, tiada lagi tarikh pelancaran rasmi untuk Cyberpunk 2077 dan game ini dijangka akan keluar untuk PS4, Xbox One dan PC.

Sumber: PCGamer dan Polygon

RELATED NEWS

+