Celcom Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 Kembali, Kini Online!

Penulis tahu, sudah ramai yang menantikan bila Kejohanan E-Sukan Kampus (Semester 3) akan bermula. Kali ini, ia kembali tapi online! Nak tahu kenapa? Sebagai langkah berjaga-jaga dengan penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa sekarang ini, KEK 3 akan menjalankan pusingan kelayakan sampailah zon final secara dalam talian.

Siswa dan siswi universiti/kolej dan lain-lain institut pengajian tinggi tak perlu lagi berkumpul di satu acara offline untuk bertanding. Boleh berentap dari rumah saja! Kali ini, Mobile Legends: Bang Bang dan Garena Call of Duty: Mobile dipertandingkan untuk korang semua.

Tapi yang tertanya-tanya, apa objektif KEK 3 ini sebenarnya? Ia diadakan bagi mencari bakat baru dalam e-sukan terutamanya untuk dua game tersebut. Mana tahu lepas ni koranglah yang akan jadi pasukan seterusnya masuk MPL dan kejohanan CODM yang besar!

Khusus untuk pelajar universiti, sebanyak RM150,000 hadiah terkumpul ditawarkan yang mana RM50,000 untuk MLBB, RM50,000 lagi untuk CODM dan RM50,000 adalah biasiswa kepada universiti terbaik yang juga Juara Keseluruhan (dengan mata tertinggi).

Jadi apa korang tunggu lagi? Daftarlah sekarang di komuniti.mygameon.my dan tubuhkan pasukan sekarang! Mana tahu koranglah pasukan e-sukan terbaik yang dicari selama ini.

Tarikh-tarikh zon final dan pusingan kelayakan.

Ingat,  hanya lapan pasukan akan mara dan bertarung di peringkat zon finals (online) bagi kedua-dua permainan ini jadi pastikan korang dah standby berlatih sia-siap untuk jadi yang terbaik!

RELATED NEWS

+