Celiboy dianggap pemain terbaik Indonesia, menurut Dreammax

Pemain Indonesia tidak diragukan lagi sangat menyinar dalam arena kompetitif Mobile Legends: Bang Bang. Buat Eldin Rahadian Putra atau Celiboy dari Alter Ego, beliau dianggap pemain terbaik negara itu, menurut kenyataan daripada pemain Brazil, Waas.

Fabio “Waas” Araujo mengatakan Celiboy adalah pemain hebat berikutan baru-baru ini mereka menjalankan scrim bersama-sama untuk M2.

“Pemain ini mempunyai kemampuan untuk farm dengan sangat baik. Dia tahu macam mana nak kawal permainan dengan teknik ‘farming’ yang cepat. Jadi saya rasa dia lain daripada lain,” kata Waas dalam satu temubual bersama ONE Esports.

Ini bukanlah satu kejutan kerana Celiboy juga meraih MVP di final MPLI sejurus Alter Ego menjuarai kejohanan berkenaan.

Dreammax juga adalah salah satu pasukan yang masih dinanti-nantikan strategi mereka kerana skuad ini belum pernah scrim bersama pasukan Indonesia (sebelum pengumuman M2).

M2 akan dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 akan diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+