“Ciku tak main sebab masuk hospital,” – Xray

Pemain Todak, Danial Fuad atau Ciku tidak bermain untuk minggu ini di MPL Malaysia musim ketujuh yang sudah memasuki minggu kelima.

Dalam satu temubual bersama Fiera Fendi selepas kemenangan ke atas Team SMG tadi, Mohamad Aiman Idris atau Xray berkata pemain multi-role itu kini berada di hospital.

“Kami terkejut dia tak boleh main.

“Doakan dia cepat sembuh dan boleh beraksi semula di pentas ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perkembangan E-Sukan Todak, Radzi Rahman berkata, Ciku kini stabil tapi masih dalam keadaan lemah.

“Jadi, pada petang semalam setelah tamat sesi latihan pertama, Ciku menghadapi kesukaran dalam bernafas dan terpaksa terus dibawa dengan segera ke hospital berdekatan setelah dihantar ke klinik kecemasan.

“Setelah 6 jam di dalam wad kecemasan, alhamdulillah ciku sekarang berada dalam keadaan stabil tetapi masih dalam keadaan lemah.

“Alhamdulillah roster 10 pemain sedikit sebanyak memberikan ruang kepada pasukan Todak untuk berjaga-jaga dengan segala kemungkinan dan kecemasan,” katanya.

Ikuto juga tumpang bergembira dengan kemenangan tapi kesihatan pemain akan terus menjadi keutamaan pasukan Todak. Beliau juga mengharapkan semua peminat mendoakan Ciku sihat seperti sedia kala.

RELATED NEWS

+