Crash Bandicoot 4: It’s About Time akan tiba di PS4 dan Xbox One pada 2 Oktober

Permainan video Crash Bandicoot yang seterusnya akhirnya diumumkan semalam. Ia akan tiba di konsol generasi kini dalam masa beberapa bulan sahaja!

Crash Bandicoot 4: It’s About Time sedang dibangunkan oleh Toys for Bob dan diterbitkan oleh Activision. Ia akan dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One pada 2 Oktober tahun ini.

Nampaknya ia mempunyai estetik yang sedikit berbeza berbanding Crash Bandicoot N. Sane Trilogy yang dibangunkan oleh Vicarious Visions. Walaubagaimanapun, ia tetap mempunyai permainan platforming yang nampak menyeronokkan.

Satu aspek menarik yang dipertunjukkan dalam trailer di atas ialah pemain juga akan berpeluang untuk bermain sebagai watak musuh iaitu Doctor Neo Cortex.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+