Crystal Dynamics Mewakilkan Bekas Pengarah Naughty Dog dan Visceral Untuk Projek Avengers

Game developer, Crystal Dynamics dilaporkan sedang mengumpulkan sebuah pasukan yang terdiri daripada 15 pakar industri untuk projek terbaru mereka, Marvel Avengers.

Mereka tidak mengumumkan kesemua nama tapi mendedahkan dua pemain industri yang dikenali.
Ia termasuklah bekas Pengarah Kreatif Naughty Dog iaitu Shaun Escayg dan juga Stephen Barry, veteran daripada EA dan Visceral Games.

Crystal Dynamics dan Square Enix mengumumkan projek The Avengers. Game itu dibangunkan dengan bantuan Eidos Montreal. Setakat ini, masih belum ada info lanjut mengenai barisan adiwira yang akan ditampilkan tapi mengikut teaser debut di bawah, ia akan memperkenalkan Captain America, Thor, Iron Man dan Hulk.

RELATED NEWS

+