CS:GO: ‘Kami Akan Cuba Yang Terbaik,’ – Orange Sphynx

Pasukan CS:GO wanita negara, Orange Sphynx berhasrat untuk memberikan persembahan sebaik mungkin dalam kejohanan Dreamhack Showdown pada 5 julai hingga 7 Julai ini.

“Ini adalah kali pertama kami bermain di peringkat antarabangsa (sebagai Sphynx) jadi kami akan cuba yang terbaik. Kami akan gunakan strategi baru dan cuba untuk adapt dengan gameplay skuad lain,” – kata kapten Orange Sphynx, Ramona Azween.

Kata Ramona, Sphynx juga mempunyai jurulatih berkaliber yang mampu memotivasikan setiap pemain.

“Jurulatih kami, Fluckz selalu memberi motivasi dan bersorak pada setiap perlawanan dan menenangkan kami ketika tertekan bagi menumpukan perhatian sepenuhnya pada perlawanan. Saya juga cuba untuk menjadi kapten yang terbaik dengan tidak panik dan sentiasa dalam kawalan,” katanya.

Ramona juga menyifatkan sebagai kapten, dia perlu push pemain lain untuk terus fokus dalam perlawanan.

“Kalau ada apa-apa berlaku, mungkin tiada siapa tengokkan saya tapi saya ada ramai kawan yang bantu memberikan motivasi. Sesuai juga dengan matlamat saya selama ini, kalau kita bertanding, pastinya nak jadi yang terbaik dan itulah motivasi paling bagus untuk kejohanan akan datang ini,” katanya.

Orange Sphynx akan bertemu dengan skuad popular dari Amerika Syarikat, Dignitas Female yang pernah menjuarai kejohanan berprestij seperti Intel Challenge Katowice 2018 dan 2019 serta GIRLGAMER Esports Festival bagi tahun 2017 & 2018.

Mereka akan bermula dengan perlawanan pembukaan pada jam 11 pagi waktu tempatan di dalam kumpulan A. Selain Dignitas Female, mereka juga akan bertemu Assassins dan Team Idemo yang layak menerusi kelayakan Eropah.

Pasukan itu diwakili oleh Ramona Azween (GFi#) sebagai kapten, Aisya Sabrina Sabri (Argent), Shanice Choo Xin Ru (Alaska), Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism) dan Iffah Nazurah Saidi (3ve).

Dreamhack Showdown mengumpulkan 8 pasukan CS:GO wanita terbaik dunia yang akan merebut hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

Gambar featured image: Astro Awani

RELATED NEWS

+