CS:GO: “Keputusan Ini Sukar Tapi Saya Anggap Ia Satu Pengalaman Baru,” – Ramona Azween

Pemain kompetitif permainan video Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) negara, Ramona Azween menganggap kembara terkininya bersama Tyloo Gaming sebagai satu pengalaman baru dalam karier e-sukan.

“Saya rasaĀ mixed feeling. Ia satu pengalaman baru jadi saya tak boleh katakan ia bagus ataupun tidak untuk bermain di China.

“Tapi saya akan buat yang terbaik nanti bersama ahli pasukan baru, Tyloo.fe,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Ramona atau lebih dikenali sebagai GFi# direkrut ke skuad China itu selepas mempamerkan prestasi luar biasa di Zowie Divina Asia bersama-sama dengan skuad terdahulunya, Sphynx.

Katanya lagi, isu komunikasi mungkin akan lebih sukar pada mulanya namun itulah antara cabaran yang rela dihadapinya.

“Walaupun saya belajar Mandarin ketika kecil tapi tidak boleh berkomunikasi secara lancar.

“Kami akan ada penterjemah nanti dan dari situ saya belajar untuk berkomunikasi dengan cara terbaik dengan mereka nanti baik dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin,” katanya yang mempunyai pengalaman bermain CS lebih 15 tahun.

Bagi pasukan Sphynx MY, Ramona berharap bekas ahli skuadnya dapat terus mengejar impian di peringkat lebih tinggi.

“Ia bukan keputusan mudah. Untuk seseorang terus berjaya, adakalanya kita perlu berhijrah (bertukar pasukan). Jadi saya harap mereka teruskan mengejar cita-cita.Ā 

“Pada akhirnya, CS:GO ini bukanlah permainan solo tapi berkumpulan jadi jika seorang meninggalkan pasukan, kita kena terus pandang ke depan.

“Anda semua perlu lebih kuat sesama sendiri dan percaya antara satu sama lain,” katanya.

Kata Ramona, mereka mungkin akan jadi pesaing selepas ini dalam e-sukan tapi di dunia nyata, mereka seakan keluarga.

“Kami mungkinĀ rival tapi mereka tetap seperti keluarga saya,” katanya.

Sebelum ini, pasukan Sphynx MY pernah berada di kedudukan dua terbaik dalam Zowie Divina Asia dan melayakkan diri ke kejohanan Dreamhack Valencia yang mengumpulkan skuad CS:GO wanita terbaik dunia.

Untuk berita lanjut mengenaiĀ gamingĀ dan e-sukan, ikuti kami diĀ FacebookĀ danĀ Instagram.
Saksikan kami diĀ YouTube.

Gambar featured image: CSGO2Asia

RELATED NEWS

+