CS:GO: Saya Berharap Liga Kompetitif Dapat Diwujudkan – Aiman Azham

Pemain profesional CS:GO, Aiman Azham mengharapkan ada penstrukturan baru dalam e-sukan bagi memastikan ia dapat bertahan untuk beberapa tahun akan datang.

Aiman yang kini bersama FrostFire berkata, ia diperlukan agar permainan keluaran Valve itu dapat mengekalkan arena kompetitifnya di negara ini.

“Saya berharap kerajaan baharu akan bekerjasama lebih rapat dengan badan dan organisasi berkaitan untuk terus mengembangkan lagi industri e-sukan terutamanya permainan video yang sudah lama bertapak di Malaysia.

“Bermula dengan liga dalam negara sendiri, ia dapat menunjukkan permainan ini sebenarnya diambil serius sebagai e-sukan dan patut dikembangkan pengaruhnya kepada generasi sekarang,” katanya ketika ditemui di Cove Esports Hub, hari ini.

Di Malaysia, kejohanan CS:GO mula berkembang sejak 2016 dan terdapat beberapa darinya diadakan di peringkat lebih tinggi seperti World Electronic Sports Games (WESG) dan lain-lain.

CS:GO antara permainan yang masih diteruskan legasinya selain Dota 2 di negara ini. Bermula daripada Counter Strike versi terawal, ia mula mendapat perhatian ramai penggiat e-sukan di Malaysia beberapa tahun dulu.

Pastinya dengan kehadiran permainan baru seperti Fortnite dan PUBG yang kini dijadikan e-sukan, perlu ada penyelerasan agar permainan yang sudah lama dalam industri kekal kompetitif dan dipandang serius oleh pihak berkaitan. Tentunya kerana Malaysia sendiri mempunyai wakil negara bagi setiap permainan ini.

Sebagai contoh, Aiman yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam industri pernah mewakili negara beberapa kali untuk kejohanan luar antaranya di Asia.

Dia pernah menjadi jurulatih untuk beberapa lama bagi skuad CS:GO tempatan dan membantu pasukan itu untuk memenangi beberapa kejohanan tempatan selain layak ke pertandingan di luar negara.

RELATED NEWS

+