Cyberpunk 2077 Akan Tetap Dilancarkan Pada September

Wabak COVID-19 menyebabkan beberapa pembangun permainan video menunda pelancaran game terbaru mereka. Tapi bagi CD Projekt Red, mereka tetap meneruskan usaha menyiapkan Cyberpunk 2077 namun dengan langkah berjaga-jaga.

Permainan video dengan tema futuristik itu dijadualkan pelancarannnya pada September tahun ini dan akan terus kekal begitu.

Dalam kenyataan di atas, CD Projekt Red akan melaksanakan sistem bekerja dari rumah bagi semua kakitangannya. Ini melegakan ramai peminat yang sudah lama menantikan permainan video ini untuk dilancarkan.

Beberapa syarikat permainan video juga menggunakan pelan yang sama tapi ada antara mereka yang menunda pelancaran ini dan tidak memberi respon kepada peminat akan tarikh khusus.

Cyberpunk 2077 adalah judul pertama dari CD Projekt Red yang bukannya berdasarkan francais The Witcher. Oleh itu, game ini seperti satu percubaan yang berani untuk pembangun ini. Ia menunjukkan jika Projekt Red mampu menghasilkan sesuatu yang baru kepada peminat ataupun tidak.

Ia dijadualkan pelancaran pada 17 September 2020 di PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+