Cyberpunk 2077: kemas kini 1.1 telah tiba, versi PS4 dilaporkan lebih stabil

CD Projekt Red (CDPR), pembangun Cyberpunk 2077, akhirnya telah melancarkan Patch 1.1 untuk permainan tersebut. Ini merupakan kemaskini besar pertama yang menjanjikan pelbagai pembaikan dan penambahbaikkan untuk versi PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Google Stadia.

Antara perkara yang dijanjikan dalam kemas kini ini ialah pengoptimuman versi PS4. CDPR menyatakan bahawa kebarangkalian untuk crash di konsol tersebut telah dikurangkan. Prestasi permainan apabila pemain berada di kawasan yang mempunyai orang ramai juga telah diperbaiki.

Untuk pemain PC di Steam pula, anda kini boleh memperoleh achievements semasa bermain secara luar talian. Masalah yang dihadapi pengguna kad grafik Nvidia iaitu startup crash yang disebabkan oleh loading cache nampaknya sudah diperbaiki.

Terdapat banyak lagi pembaikan dan penambahbaikkan yang hadir bersama kemas kini ini. Untuk membaca nota kemas kini penuh, anda boleh melayari laman web rasmi Cyberpunk 2077.

Adakah anda merancang untuk kembali ke Cyberpunk 2077 dengan adanya kemas kini baharu ini? Bagaimana pengalaman anda? Adakah ia lebih stabil?

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+