Cyberpunk 2077 Menampilkan Pelakon Terkenal, Keanu Reeves & Bakal Dilancarkan Pada 2020
2019-06-09T22:59:27
By: Intan Mawarni

Cyberpunk 2077 Menampilkan Pelakon Terkenal, Keanu Reeves & Bakal Dilancarkan Pada 2020

 

Cyberpunk 2077 mempunyai dua berita besar semasa tampil di atas pentas persidangan Microsoft (Xbox) pada awal pagi ini.

Pelakon Hollywood terkenal, Keanu Reeves (John Wick) muncul dalam game di akhir trailer baru yang mendebarkan ini. Saksikan trailer terbaru Cyberpunk 2077 di bawah:

Trailer berdurasi 4 minit memaparkan pancaroba kehidupan yang dialami oleh V dan Jackie di Night City. Setelah kejadian buruk berlaku kepada karakter korang, Keanu Reeves yang melakonkan watak Johnny Silverhand menyeru pemain untuk bangun bagi membalas dendam.

Setelah bertahun dalam pembangunan, Cyberpunk 2077 merupakan game open-world first-person RPG yang sedang giat dibangunkan oleh CD Projekt Red dan ini merupakan game pertama mereka selepas siri RPG paling terkenal di dunia, The Witcher.

Ini bukan pertama kali Reeves muncul sebagai karakter game. Reeves menghidupkan kembali watak John Wick dalam Fortnite yang mana pemain boleh lawat rumahnya dan menghabiskan cabaran sebagai pemburu upahan.

Baca lagi: CD Projekt Red Akhirnya Mendedahkan Demo Cyberpunk 2077 Berdurasi Hampir 1 Jam!

Selain itu, Cyberpunk 2077 juga telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi iaitu bakal dikeluarkan pada 16 April 2020 di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Rainbow Six Siege Akan Hadir Ke PlayStation 5 – Kata Ubisoft
2 days ago
Team Secret Umum Pasukan League Of Legends – Lowkey Esports Dari Vietnam
2 days ago
The Division 2 Dijual Untuk PC Pada Harga RM10 Sahaja!
2 days ago
Beta Tertutup Untuk MOBA Pertama Malaysia, Ejen Ali Agents’ Arena Kini Bermula
2 days ago
Sonic the Hedgehog Berjaya Raih RM459 Juta Pada Hujung Minggu Pertama
2 days ago
Disney Mahukan Lebih Banyak Permainan Seperti Spider-Man Dan Star Wars Jedi: Fallen Order